Monday, October 25, 2010

10 adab terhadap diri sendiri..

Ermm bukan dengan orang lain jer kena beradab tapi dengan diri sendiri pun kena beradab gak.. Camner agaknya beradab dengan diri sendiri yea.. Jom kita cermin diri and perbaiki adab yea.. 
  1. Menjaga kebersihan diri secara menyeluruh.
  2. Memotong kuku setiap minggu coz kuku panjang dikhuatiri ada najis.
  3. Jangan menghadap kiblat semasa meludah, membuang hingus dan sebagainya so sebaiknya menghadap ke arah kiri.
  4. Mengutamakan bahagian kanan dahulu dalam semua hal yang mulia and sebelah kiri pada hal² yang tak berapa nak mulia..
  5. Mengalihkan wajah ketika bersin dari terkena orang lain, makanan and minuman.
  6. Memuji Allah sesudah diri dalam keadaan bersih.
  7. Mengingati Allah dan bersyukur kepada-Nya ketika melihat wajah di cermin.
  8. Biasakan diri dengan amalan² yang soleh macam bersedekah, solat sunat, berzikir and mengaji Al-Quran.
  9. Jangan melakukan perbuatan yang sia-sia and sila perbaiki diri.
  10. Kalau menguap tue rajin² la tutup mulut buruk nau menguap kalau mulut terbuka.

Ermm nie la antara serba sikit adab terhadap diri sendiri. Mungkin ada yang kita terlepas pandang or sengaja tak nak ambil tahu kan tapi now dah tahu so sila² la berubah yea. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak iyea idak. Info nie aku dapat dari majalah Islamik mane ntah so sorry la terlupa pulak nak kasi kredit. ;)

2 comments:

Hariz said...

Terima kasih atas perkongsian ini... Sesungguhnya islam tinggi dengan adab :)

mizz greenApple said...

yupp i2 la slah 1 tujuan sy mnaip blog..
juz utk pkongsian bsama..
hee~

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "