Friday, October 29, 2010

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum... Arinie aku juz nak share sedikit knowledge keagamaan tentang surah Al-Fatihah. Ermm hope boleh dimanfaatkan bersama. Knowledge nie aku dapat dari Zulaikha Hafizah Zaine so hope korang pun boleh share jugak ilmu nie..
Korang pun sedia maklumkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, so kalau cacat bacaannya maka rosaklah solat. Sebaik²nya kena perbaiki bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya jerk rosak silap² kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita tue.
Yok la tengok nama² syaitan laknat yang wujud dalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati²... 

  1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH,
  2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB,
  3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU,
  4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK,
  5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS,
  6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan!!!!" (eh korang berhati² yea... memang dah lari sangat maksud nie.. )
  7. SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
  8. AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 3 harakat.
Ermm itu la serba sedikit knowledge yang aku boleh share dengan korang. Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, InsyaAllah. Hope kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.
Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, InsyaAllah.... :)

Thursday, October 28, 2010

Suatu Penantian

Orang cakap penantian tue satu penyeksaan.. Eh yea ke..?? Ntah la mungkin la kan.. Pernah tak terfikir sampai bila nak menanti..?? Sampai bila nak menunggu something yang tak pasti..  Tapi kenapa masih ramai yang sudi menunggu and akan tetap menunggu.. Eh sudah² la korang.. jangan di tunggu pada something yang tak pasti.. Cuba la buka mata tue coz mungkin apa yang kita cari sebenarnya ada ada di sekeliling cuma kita jerk yang buta atau sengaja tutup mata kan.. Erkk cam cakap kat diri sendiri jerk... Sila abaikan..

Isyhh dah berhari² tak update blog.. Ermm bukan sebab takde idea tapi tak terdaya nak menaip entry coz kang tak pasal² entry jiwa² lagi kan kan.. :P 
Eh tau tak aku paling tak suka perkataan menanti dengan menunggu nie coz penat kot wei nak tunggu sesuatu tue.. Al maklum la aku nie boleh tahan jugak "penyabarnya".. Menanti orang "tersebut" tak payah cakap la kan... Then, menanti selama seminggu untuk presentation lagi, menanti "flight" nak balik Melaka arinie, menanti final exam lagi and yang paling tak sabar menanti habisnya minggu exam.. Yahoooo...


Menanti menanti and terus menanti wokeh.. Agak²nya mungkin tak BINTANG tue tahu aku sedang menanti.. Hahaha wokeh abaikan.. Eh now musim exam kan so yok la study and tak yah la menanti² nie.. Penat la..


credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: KOSONG by Ikhsan Ise

Tuesday, October 26, 2010

Cakap-cakap orang

"Eh ko tau dia tue camnie.. Ko tau dia kan bla..bla..dot..com..my..." Wahh² macam best jerk cakap macam² kan. Eh kalau apa yang dicakap tue betul takpe la jugak kan tapi ntah pape jer statement yang korang kasikan. 

Ermm kalau ada pape hal siasat la dulu.. Tengok and cari puncanya tapi jangan la asyik tuduh melulu jerk. Memang la orang cakap kalau tak salah watpe nak melentingkan tapi kalau apa yang dicakapkan tue boleh menjatuhkan maruah and aibkan orang camner pulak kan. Orang lain pun bukan tahu nak siasat betul ke idak citer yang dorang dengar tue. Main terima jerk bulat² semua citer and nak plak ada yang sudi menambah lagi citer² yang tak berkaitan.. Wahhh memang *Fish la kan..

Ermm orang cakap sarang tebuan jangan dijolok kalau dijolok jugak memang siap la korangkan.. Nasib baik la orang yang dijolok tue cool jerk kalau tak ermm ntah apa la plak yang jadikan. Satu jerk nasihat aku ermm pasnie kalau dapat pape citer sila la siasat dulu samada citer tue betul or tak. Kalau dengar pape pun simpan sendiri² sudah la and tak perlu kot nak jadikan isu di kedai kopi plak.. Tak semua orang suka citer nyer dijaja wokeh and kalau aku pun aku tak suka jugak kalau orang yang tak pernah kenal aku tetibe nak cakap aku camtue and aku camnie.. 


Ok untuk orang² yang diperkatakan tue bersabar jer la yea. Asalkan kita tahu citer yang sebenarnya sudah la. Pedulikan cakap² orang coz orang² berkenaan takkan pernah berhenti untuk bercakap tentang kekurangan orang lain. Tunding 1 jari pada orang 4 jari menunding pada diri sendiri tak sedar pulak yea.. Camnie la dunia..hanya nampak kesalahan orang right..?? Pape pun korang dah cukup dewasa untuk menilaikan.. Sila gunakan akal bukan ikutkan hati.. :)

Eh sebelum terlupa ada sesape nak cakap and ngata aku pape tak..?? Apa blog aku boring ek.. Hah aku syok sendiri..?? Owhh aku jarang update ek.. Eh lagi²...  Apa aku sombong ek... Eh yea ke aku sombong..?? Ermm susah jugakkan kan nak puaskan hati semua orang. Bila aku mesra alam ada yang cakap aku playgirl and banyak skandal tapi bila aku jarang respond cakap aku sombong pulak so camner yea korang..?? Ermm whatever la korang.. Aku penat kot nak dengar cakap² korang yang memang banyak cakap nie. So tutup mata and tutup telinga sudah.. Perlu ke..?? Haruslahhh... :P

credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: BANYAK CAKAP by Ikhsan Ise

Monday, October 25, 2010

10 adab terhadap diri sendiri..

Ermm bukan dengan orang lain jer kena beradab tapi dengan diri sendiri pun kena beradab gak.. Camner agaknya beradab dengan diri sendiri yea.. Jom kita cermin diri and perbaiki adab yea.. 
  1. Menjaga kebersihan diri secara menyeluruh.
  2. Memotong kuku setiap minggu coz kuku panjang dikhuatiri ada najis.
  3. Jangan menghadap kiblat semasa meludah, membuang hingus dan sebagainya so sebaiknya menghadap ke arah kiri.
  4. Mengutamakan bahagian kanan dahulu dalam semua hal yang mulia and sebelah kiri pada hal² yang tak berapa nak mulia..
  5. Mengalihkan wajah ketika bersin dari terkena orang lain, makanan and minuman.
  6. Memuji Allah sesudah diri dalam keadaan bersih.
  7. Mengingati Allah dan bersyukur kepada-Nya ketika melihat wajah di cermin.
  8. Biasakan diri dengan amalan² yang soleh macam bersedekah, solat sunat, berzikir and mengaji Al-Quran.
  9. Jangan melakukan perbuatan yang sia-sia and sila perbaiki diri.
  10. Kalau menguap tue rajin² la tutup mulut buruk nau menguap kalau mulut terbuka.

Ermm nie la antara serba sikit adab terhadap diri sendiri. Mungkin ada yang kita terlepas pandang or sengaja tak nak ambil tahu kan tapi now dah tahu so sila² la berubah yea. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak iyea idak. Info nie aku dapat dari majalah Islamik mane ntah so sorry la terlupa pulak nak kasi kredit. ;)

Sunday, October 24, 2010

Bunga larangan

Bunga larangan...?? Bunga selalunya mewakili wanita and gadis² kan so bunga larangan means wanita larangan.. Ermm kenapa larangan yea.. Mungkin jugak wanita tersebut sebenarnya adalah hak milik orang.. GF orang, tunangan orang or wife seseorang mungkin.. 

Eh jangan cari pasal terjatuh cinta dengan wife or tunangan orang yea.. Berdosa wokeh coz ambil hak orang lain tapi kalau setakat GF orang mungkin boleh kot.. Erkk boleh ek.. Haruslah kalau korang berani.. ~_^ Alahai orang kawen pun boleh bercerai, bertunang pun boleh putus tunang ape lagi baru couple confirm² la bukan jadi hak milik lagi kan.. Eh berani ek aku cakap camtue.. Hahaha itu ayat member² lelaki yang aku kenal wokeh.. So korang nampakkan betapa budaya rampas merampas nie biasa jer kot... Hahaha... (aku tak galakkan rampas merampas wokeh cuma aku cakap budaya tue biasa sebenarnya..)


Kenapa yea sometime kita tersuka pada someone yang sememangnya dilarang..?? Ala dah fall in love takkan nak halang² lagi. Feel nie bukan boleh paksa² kan. Owhh gitu ek alasan korang.. Ermm whatever la masing² ada cara tersendirikan so buat la yang terbaik and pilih pilihan yang paling tepat..

Agak² siapa yea bunga larangan tue.. Akukah..?? Hahah yea ke...?? Sudah la jangan nak perasan yea tapi mungkin jugak.. :P

credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: MAWAR LARANGAN by Ikhsan Ise

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum korang².. Hey aku masih di kampung and masih dalam mood orang kawen.. Oh NO...!! makin lama makin ramai yang dah tukar status so nak tak nak terpaksa jugak jawab pertanyaan bila lagi bila lagi and bila lagi..?? Ermm kalau aku tahu bila takde la tersengih² nak jawab segala pertanyaan makcik² kat kampung nie..

Makcik² (walaupun aku tau dorang takkan baca entry aku nie) sampai masa and jumpa orang yang sesuai Insyallah saya juga akan ikut jejak member² saya yea. So pasnie jangan la tanya² lagi yea coz saya penat nak tersengih²... :P

Kitaorang jerk lebey amik berkat.. Pasnie sape plak.. Cepat ar oo som..
Eh sebenarnya aku nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk salah sorang geng garam aku MUNIRAH OTHMAN and pasangannya. Siapa sangka member yang paling pendiam kawen dulu wokeh.. Ermm TAHNIAH yea and semoga bahagia sampai akhir hayat. Best la ko ek coz dapat kawen dengan 1st love. ^_~

Anis (garam kecik)  + Mia (garam halus) + Kery (ketua garam) + Mal (garam kasar) & Nana

Sorang geng garam dah lepas so pasnie garam yang mana plak..??
Buat masa nie aku lepak kampung dulu kot tapi macam dah rindu suasana kampus ar plak so tengok la camner. Kalau ok lepak ar lama sikit tapi kalau agak² nak suasana busy so terpaksa la balik tempat bertapa plak. Eh kenapa yea kalau lepak kampung mood untuk berblogging cam takde la.. So no wonder la kenapa aku tak update blog and BW.. :P

Friday, October 22, 2010

Red + Blue = Purple (keserasian)

Sekarang nie musim orang kawen kan.. Pantang ada tarikh cantik and cuti sekolah jerk confirm la berderet² kenduri kendara sampaikan sometime tak tau nak attend kenduri yang mana satu kan. Owhh yea esok aku akan attend majlis kawen "geng garam" aku.. Wahh tak sangka wokeh orang yang paling pendiam dalam group kitaorang akan kawen dulu tapi pasnie garam² yang lain akan menyusul tapi aku....ermm mungkin masih bersendiri untuk beberapa bulan lagi.. :P

Pernah tak terfikir atas dasar apa suatu perkahwinan tue terjadi..?? Keserasian, persefahaman, tuntutan agama, terpaksa dan dipaksa, atas dasar cinta, atau sekadar untuk melukakan hati seseorang..?? Apa pun alasan yang korang berikan pastinya ikatan perkahwinan tersebut bukannya satu permainan yang boleh kita perjudikan sesuka hatikan..?? 

Ermm suatu pertanyaan, kenapa perlu ada cinta lompat ek sebelum terjadinya suatu perkahwinan..?? Selalunya aku akan dengar alasan utama dari dorang semata² untuk mencari keserasian dan kesempurnaan.. Hey tak perlu cari kesempurnaan coz tak ada manusia yang sempurna so better terima seadanya adalah jalan yang terbaik.. 


Kenapa perlu cari kesempurnaan jika keserasian itu lebih penting bagi sesuatu perhubungan.. Tak salah rasanya jika pasangan kita itu berlainan citarasa dan segala bagai coz yang penting cari satu titik pertemuan dan persamaan yang boleh buat kita serasi dengan pasangan tersebut. So dalam melayari sesuatu perhubungan carilah seseorang yang boleh serasi supaya dua orang yang berlainan identiti boleh hidup bersama. 

Korang faham tak cerita di sebalik picture nie.. Pelukisnya describe "Lelaki ini amat berminat dengan sorang pompuan nie.. Lelaki ni ikhlas nak bagi sepenuh hati rasa die kepada pompuan ni.. tapi pompuan ni x Accept. Kerana mereka tiada persamaan. " tapi aku pulak describe " merah + biru = purple.. takde persamaan not means tak serasi kan kan.. yang penting USAHA.." So conclusion nyer cintailah seorang yang serasi dengan kita.. ;)

credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: JUST LIKE RED.. NOT BLUE by Ikhsan Ise

Thursday, October 21, 2010

Surat daripada seorang lelaki kepada 'FUTURE WIFE'

Hei korang² ingat lagi tak entry pasal dari wanita untuk lelaki. Kalau dulu dari wanita untuk lelaki so now jom tengok surat cinta dari encik lelaki pulak yea.. Sekadar perkongsian bersama.

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

Amacam bestkan surat nie.. Hope akan ada la guys camnie kan kan.. ^_~ (Ehem bab nak tambah cawangan jangan ngada wokeh.. Nak kena debik sila la ek.. Dush..dush...dus...)  Ermm orang cakap lelaki yang baik untuk perempuan yang baik so anda buat anda dapat.. :)

sumber:


Tips Persahabatan (◕‿◕✿)

Jom semak 10 tips kekalkan hubungan :
  1. Pandai simpan rahsia : Pastikan korang simpan rahsia tersebut sebaik mungkin.
  2. Tahan bergurau senda : Jangan sensitif sangat tapi fikir jugak sebelum bergurau..
  3. Jangan terlalu mengkritik : Jadi sahabat yang boleh beri nasihat dan tempat luahkan pendapat/perasaan.
  4. Jangan pentingkan diri sendiri. (xmo² tak bagus gitu k..)
  5. Terima kelebihan dan kekurangan coz takde manusia yang sempurna.
  6. Jangan tanya tentang hal sensitif/negatif
  7. Jangan sesekali memburukkan sahabat korang and hebahkan kepada 1 dunia...
  8. Hormat hak dan kehidupan peribadi sahabat dan beri sahabat ruang untuk bersendirian.
  9. Jangan terlalu mengambil tahu that means ada sesetengah perkara tak boleh di kongsi bersama. (takkan hal² privacy pun nak tahu...)
  10. Bersikap terbuka so kalau ada prob bincang dari hati ke hati.
Antara member kesayangan ku.. (UTeM + PUO)
Wahhh tengok tue banyak perkataan JANGAN so jangan sesekali nak buat yea demi persahabatan korang dengan sahabat.. 

Wednesday, October 20, 2010

Apabila teman berumahtangga

Edisi khas untuk member² yang akan berkahwin.. Hee~
Dulu korang sering bersama. Ke sana ke mari menghabiskan masa bersama. Tapi semua tue bakal tinggal kenangan bila sahabat seorang demi seorang makin menjauh coz bakal mendirikan rumah tangga. So camner yea nak mengatasi prob nie. Moh ler baca nie..

  1. Korang mempunyai masa yang lebih untuk diri sendiri so padatkan dengan xtvt yang berfaedah yea.
  2. Luaskan pergaulan korang dengan member² yang masih solo @ belum terikat.
  3. Walaupun telah berubah status, jangan jadikan alasan untuk lost contact so cari masa yang sesuai untuk berjumpa.
  4. Terima perubahan teman seadanya coz mungkin ada beberapa perkara yang berubah so korang perlu bijak tangani situasi.
  5. Cari minat dan hobi baru.
  6. Percayalah yang korang tak berseorangan ermm ramai lagi yang single k. 
Ermm pape pun semuanya terpulang kepada korang untuk menghadapi setiap perubahan yang berlaku. Terimalah secara terbuka dan sokong la member korang coz si dia juga masih memerlukan korang. So untuk member² aku yang akan bertukar status SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga bahagia sampai akhir hayat wokeh.. Aku masih di sini and tetap di sini so ada pape hello² jer ek.. ~_^

Tuesday, October 19, 2010

Cinta Edisi Terhad...!!!

Buat semua yang pernah tertipu dengan cinta :
Percayalah Allah sentiasa bersama dengan kita. Kejam pada kita, mereka tak akan kenal istilah bahagia..

Kadang² aku selalu tertanya, di mana salah silapnya bila cinta yang menyala tapi akhirnya pudar kelam tak bermaya..?? Aku selalu berdoa berharap supaya saat aku jatuh akan ada tangan yang membantu membangunkan aku atas dasar sahabat. Saat aku lemas, ada teman yang datang menyelamatkan. Sekuat mana pun diri aku tapi sebenarnya aku sentiasa perlukan orang lain untuk berkongsi beban kehidupan..


Tanpa kita sedar sahabat/kekasih umpama rahmat yang didatangkan Allah untuk membawa kita ke jalan kebenaran. Tapi, ada jugak sahabat/kekasih yang hanya tahu mengambil dan mengambil sehingga perasaan kita kering kontang jadinya..

So pesan aku, sayang biar berpada. Jangan sayang orang sampai lupa nak sayang diri sendiri. Kadang² walaupun kita berusaha untuk pelihara cinta supaya jangan sampai ke tarikh luputnya, tetapi si dia pula, ermmm....sesuka hati menafikan hak kita so jalan terbaik adalah berhenti dan susun langkah semula..
Mungkin Cinta Edisi Terhad kita belum tiba agaknya.. Ouchh..!! Sakit, tapi kita kena terus bernafas and jangan lupa perbaiki diri..
p/s : jaga hati sendiri ~

credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: PERAGUT HATI by Ikhsan Ise

Happy Anniversary Pinky & Boboy

Hepy Anniversary...?? Pinky...?? Boboy..?? Semalam masa aku post status dekat FB ramai yang tanya Pinky and Boboy tue sape.. Ermm kalau aku cakap dorang tue sekadar teddy bear korang percaya tak..?? Kalau tak percaya pun sila la percaya wokeh..

Arinie entry juz nak wish hepy anniversary jerk kat my 1st love MUHAMMAD FAUZAN SARIP.. Eh boleh ek camnie.. Hahaha haruslah... Walaupun dah takde pape tapi aku nie bukan nyer pompuan pendendam so maafkanlah semua kesalahan orang coz kita sendiri pun ada salah jugak iyea idak.. 

Sape yang merampas dan dirampas bukan lagi persoalannya coz kalau kita rampas kebahagiaan orang belum tentu kita akan bahagia right so sendiri mau ingat la.. Ingatlah perasaan bersalah tue tetap akan ada sampai bila²kan..?? Eh kenapa aku boleh cakap camnie.. Jangan tak tahu yea coz "si perampas" jadi my silent reader wokeh.. So no wonder la kalau masa mula² buat FB untuk my blog my 1st love adalah orang pertama yang nak add.. Perghh terkejut monkey yea tapi takpe la sila block orang yang tak berkenaan.. Saya kejam..?? Eh of course la saya perlu kejam sekarang nie.. ;)

Ermm dah la malas nak cakap pape dah.. Korang tengok la video nie.. Agak² akan ada lagi tak guy yang sanggup buat camnie lagi kat aku..?? Seriously memang ada sedikit rindu tapi keadaan memaksa kita menjadi kejam pada diri sendiri.. Paling rindu saat² encik xBF mengaji and kasi kata² semangat.. Ermm sorry for everything sayang...


Buat semua yang pernah tertipu dengan cinta :
Percayalah Allah sentiasa bersama dengan kita. Kejam pada kita, mereka tak akan kenal istilah bahagia..


Monday, October 18, 2010

Update Blog

Assalamualaikum and selamat malam korang²... Ermm nak tanya nie kalau korang tak update entry sehari selalunya traffic jatuh bergolek² tak..?? Sedey wokeh coz sehari jerk tak update traffic tak sampai 150 view pun.. Huhuhuh... 

Bukan sengaja tak nak update tapi my lappy masuk spital la.. Kena virus amenda ntah adoyaii betul² macam takde jiwa.. Nasib baik sehari jer tau so seharian jugak la lesu tapi nasib baik member ajak keluar karaoke (karok) so takde la bosan yang amat sangatkan..

Ermm cakap hal karok rasanya macam ada citer kelakar la plak tapi perlu ke ek mention kat sini.. Hahaha.. Eh jap aku type dekat sini bukan niat nak membanggakan diri tau tapi sajer share salah satu kenangan yang kelakar jerk..

Citer nyer camnie.. Sabtu baru² nie (16/10/10) aku bangun² tido jerk dapat SMS dari member aku ajak temankan dia hang out and disebabkan "jiwa" aku takde so ON jer la kan. Then sampai jerk mall member aku ajak karok. Seriously aku tak pernah kot masuk karok dekat Melaka Mall tue coz kalau karok pun aku lepak Mahkota Parade. Aku pun follow jer la.. Nak ke tempat karok tue perlu lalu bahagian bersuka ria menghabiskan duit and main games then naik tangga yang berbelit² baru sampai kaunter karok wokeh..  Masa dekat tangga tue dah memang kena sekat la kan tapi takpe la adat untuk gadis² ayu kan kan.. ^_~ 

Bila dah register so cari la bilik yang berkenaan kan.. Ntah camner masa member aku cik Ieza memilih lagu² tetibe keluar satu message box camnie "bley x saya nk kenal ngn orang yg pkai baju itam tue..saya yg pkai bju wane putih niee.." . Perghh giler wokeh.. Aku dengan cik Ieza ketawa non stop kot.. Adoyaii aku terlebih melaram ke ape nie.. Kalau korang nak tau saya yg pkai bju wane putih nie adalah penjaga kaunter tue.. Tak cukup dengan tue ntah budak sekolah mana ntah port dekat sebelah bilik ktorang konon² nak ayat la konon.. Hei adik sekolah bagi habis dulu baru belajar ngorat wokeh.. :P



Ermm dah la tue citer sikit² kang korang kata riak plak.. Pape pun seharian tue memang banyak kot kenangan yang tak disangka.. Dah la pergi shopping dekat Jusco tak dapat beg plastik so terpaksa beli beg baru.. Wokeh tutup citer and now sedang gigih BW and cari idea² nak type entry baru.. Huhuhu... BW jap jer yea then nak siapkan assignment yang menimbun² nie.. Huhuhuh itu la dah tua² baru nak sambung belajar.. Dush..dush..dush..

credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: UPDATE by Ikhsan Ise

Bila nak kahwin...??

Eh korang² sekarang dah memang musim orang kawen ek..?? Takde la makin kerap aku diajukan dengan soklan yang sama jerk bulan nie.. Confirm korang² yang belum kawen macam aku nie selalu kena aju dengan soalan BILA NAK KAHWIN?? oleh member² korang kan...? Kadang² geram la jugak kan… Kang bila kita tak jawab macam² pulak dorang kata.. Bila kita kata tak ada calon dorang cakap memilih la jual mahal la, bila kata belum sampai seru dorang kata kita ni tak usaha.. Ermm macam² la korang nie...

Tapi adat la soklan camtue untuk yang single mingle kan… Eh jap aku rasa aku remaja lagi kot so sila tanya soklan tue 3 tahun akan datang wokeh.. Hee~  Ermm bila dah kahwin soklan BILA NAK DAPAT ANAK? plak ditanya… Errmmmm… Camnie la lumrah manusia suka jaga tepi kain orang… tapi sometimes jangan salah paham lak.. Mungkin dorang risau and ambil beratkan.. (pikir +ve sudah...)

Yok tengok nie…

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( hahaha)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.


p/s: Sesuai untuk diberikan sebagai jawapan bila orang tanya "bila nak kawin??" :)

Sunday, October 17, 2010

Memberi & menerima hadiah

Sape nak hadiah..?? Ermm ada ke orang yang tak suka hadiah.. Agak² kalau tak nak tue sila² la bagi kat aku. Mesti ada sebab kenapa and mengapa dapat hadiah kan.. Selalunya coz nak si penerima hepy la kan tapi jangan tak tahu mungkin penerima tersinggung dengan hadiah yang diterima.. Meh kita check adab² ketika memberi dan menerima hadiah :
  1. Kenalpasti tujuan sebenar pemberian hadiah. 
  2. Selidik barangan kesukaan penerima so of course hadiah tersebut akan bermakna kepada si dia.
  3. Perlu sensitif dengan apa yang si dia suka @ tak suka sebelum memberi hadiah.
  4. Kalau boleh elakkan bagi barangan yang ada logo syarikat coz nampak macam murah and kurang sesuai tapi kalau untuk business ok la..
  5. Cara terbaik beri sendiri hadiah tersebut dengan kedua² belah tangan ala² cam dalam dulang la kan.. 
Nie plak adab menerima hadiah :
  1. Hargai hadiah tersebut and jangan lupa senyum.
  2. Sebaik²nya buka hadiah tersebut di rumah so pemberi takde la segan sangatkan..
  3. Ucapkan terima kasih or kirimkan nota ucapan terima kasih walaupun korang tak suka hadiah tersebut.

Bukan susah pun adab menerima and memberi hadiah nie kan so yang penting jangan kecilkan hati orang. Kalau orang dah memberi kite kena la menerima iyea idak..

Friday, October 15, 2010

Bajet Negara 2011

Meh sini meh kita nengok budget. Bukan apa dari semalam lagi semua kecoh² nak tunggu persidangan arinie kan. So tadi Dato' Seri Najib dah umumkan bajet 2011 ermm best la kan sesape yang dapat bonus and peruntukan tue.. 

Tadi masa otw balik dari kampus sempat jugak la dengar dorang bersidang. Ermm pandai Dato Seri buat lawak yea.. Pape pun hope negara Malaysia nie akan lebih maju pada masa² akan datang and jangan tak tahu kita jugak la penentu masa depan negara yea. So pasnie jangan asyik bertekak hal politik jerk, kena jugak pikir hala tuju negara dari segi ekonomi, teknologi, masyarakat and segala bagai tue baru negara boleh bersaing and maju. Wahh macam buat karangan BM la plak.. 

Dah la malas plak nak menaip banyak² so kalau korang nak tau lagi rajin²kan diri baca teks nie http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub11.pdf ermm panjang wokeh. Camner la Dato' Seri boleh berucap lama² kan. PEACE~

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "