Friday, December 31, 2010

2011... Perlu ke azam baru...??


























flash nie hasil curian dari ayeem

Selamat Tahun Baru yea korang²... Hope tahun baru nie akan buat korang lebih success la hendaknya. Masing² mesti dah ada azam yang tersendiri yea idak tapi jangan la pulak pandai berazam jer.. Tak reti² ke nak capai azam tue.. Ngeh²...

Pape pun 2010 yang bakal berlalu nie merupakan tahun untuk aku perbaiki and kenali diri sendiri.. Alhamdulillah sekurang²nya banyak benda yang aku belajar.. Terima kasih untuk segala pengalaman, terima kasih untuk kepercayaan and kesetiaan dan tak lupa terima kasih untuk kekecewaan.. Pape pun hidup perlu diteruskan.. Hope tahun² yang mendatang mampu mematangkan diri kita and cubalah untuk jadi yang terbaik wokeh..

Samada perlu atau tidak azam tahun baru tue terpulang la pada korang.. Setiap orang ada pendapat yang tersendirikan.. Masing² ada something untuk dicapai so sendiri la tetapkan matlamat tersebut.. Hope segala impian, harapan and azam tersebut akan tercapai la yea.. 

Apa yang penting jadikan perubahan tahun² yang mendatang nie akan lebih mematangkan kita dari segala segi.. 
  • Mungkin tahun 2011 nie akan ada antara korang yang bakal bertukar "status" iyea idak..
  • Mungkin juga korang akan dapat si pujaan hati.. Ermm tak mustahil bukan..??
  • Ada yang akan berkerjaya mungkin dan mungkin ada yang nak tukar kerja kan kan..
  • Kewangan lebih stabil mungkin or harta semakin berkoyan² iyea idak..
Pape pun yang akan terjadi tak kisah la yea yang penting jangan lupa untuk bersyukur kepada Pencipta kita coz tanpa rahmat dariNya siapalah kita.. 

Say GOOD BYE to your past mistakes
and say HELLO to new beginning..



Thursday, December 30, 2010

Sana sini Khairul Fahmi Che Mat...??

Yeayyy esok cuti beb.. Wahhh best giler la coz hari terakhir untuk tahun 2010 nie rakyat Malaysia bercuti  semata² atas kemenangan pasukan bola sepak negara yang berjaya bawa balik Piala AFF Suzuki untuk pertama kalinya dalam perlawanan menentang Indonesia malam tadi.. Kira hadiah la untuk penutup tahun nie iyea idak..

Even Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia di Stadium Bung Karno semalam tapi bila ikut Aggregate dikira menang la dengan 4-2 coz Malaysia menang 3-0 masa perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil Ahad lalu.. [masa nie aku ada ngan encik Pelangi kat stadium tue.. Ngeh²]
Pemain Malaysia ngan 1st Piala AFF Suzuki untuk Malaysia
Di sebabkan kemenangan semalam tue jugak la tetibe jerk Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) nie jadi sebutan tau.. Perghhh giler la penangan Piala AFF Suzuki semalam kan kan.. Bayangkan tak sampai sehari jerk boleh buat KFCM famous yang amat.. Perghh bertuah ko adik.. Sana sini orang sibuk bercakap pasal KFCM.. Kat facebook tue tak payah cakap la memang ramai giler yang "like", kat kedai² makan and merata² la semua sibuk bercakap hal dia jerk..
KFCM ngah on9 FB ke.. Perghh ramai yea peminat dia nie.. 
Tapi kan untuk awekz² yang terasa nak mengayat si dia nie hope lupakan jer la yea coz si dia sudah ada yang punya... Ngeh² melepas la yea korang.. Pape pun makaseh la banyak² kepada semua pemain bola sepak negara coz korang yang penat² bermain tapi kitaorang yang dapat cuti yea.. Hehehe..

Untuk semua pemain hope korang akan success selalu and teruskan bermain untuk Malaysia.. Jangan esok² dah dapat banyak anugerah and ganjaran terus tumpul segala taring harimau tue sudah la yea.. Kepada semua penyokong pulak jangan la masa dorang menang jer korang sokong, esok² bile jatuh macam² diperkatakan... Tak kira la camner pun situasi pasukan kita pada masa hadapan hope kita semua akan terus menyokong negara Malaysia tercinta.. Kita kan 1 Malaysia.. ~_^


Saturday, December 25, 2010

Antara Dua

Antara dua..?? Ermm antara dua ape yea.. Antara dua darjat ke..., antara dua jarak or antara dua kepentingan and kewajipan..?? Entah kenapa yea tetibe aku rasa masyarakat kita sekarang nie lebih pentingkan hiburan and kenikmatan dunia semata-mata. 

Eh kenapa..?? Ada yang tak setuju mungkin.. Ermm nie sekadar pendapat and pandangan aku jerk.. Orang cakap pendapat kena terima so samada betul or tak belakang citer la kan.. Tau kenapa aku cakap kita lebih pentingkan dunia..?? Kalau tak percaya cuba la tengok event² hiburan yang ada sekarang nie.. Nak plak kalau event tue sama plak dengan ceramah² and forum² yang dianjurkan di masjid or surau.. Agak² korang la kan  yang mana satu orang paling ramai..?? 

Aku tak cakap salah enjoy kat event² hiburan camtue coz aku pun selalu jugak join tapi kalau la event tersebut sama hari dengan forum² and ceramah dekat masjid so tak salahkan kalau korang attend majlis dekat masjid..?? Takkan la asyik dengan duniawi jer kan sekali sekala buat la tabungan untuk dunia yang lagi satu tue kan kan..
Kadang² kita terlupa so tak salahkan kalau ada yang menegur.. Tak kisah la korang nak tengok bola ke, nak tengok konsert or pape jer la tapi apa yang penting kewajipan kepada Tuhan Yang Esa jangan lupa sudah.. Ehem² teguran untuk diri sendiri jugak... :)


credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: ANTARA DUA by Ikhsan Ise

Merry Christmas

Ho...ho...ho... Merry Christmas to all my frenz.. Even aku pun tak pernah celebrate Krismas nie tapi tak salah rasanya kalau wish kan kan.. Ermm Hari Krismas a.k.a Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth iaitu pengasas ajaran Kristian.

Setiap perayaan di Malaysia nie ada cara and sambutan yang tersendirikan so Krismas pun ada gak celebrate dengan cara pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoeholi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation).
Walaupun masyarakat dorang nie masih dalam kelompok yang kecil di Malaysia nie tapi sekurang²nya kehadiran dorang secara tak langsung mempelbagaikan lagi etnik² yang terdapat di Malaysia nie iyea idak..?? So sebagai rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik seharusnya la kita saling hormat menghormati setiap agama and perayaan yang dianuti oleh masyarakat yang lain kan kan.. Wahhh cam buat karangan bahasa melayu la plak.. Hee~

Kalau dekat Malaysia nie, terdapat 1 perkampungan khas untuk celebrate Krismas nie ermm kalau tak silap aku dekat Ujong Pasir, Melaka. Boleh di katakan setiap tahun dekat kampung Portugis nie la akan di adakan sambutannya so secara tak lansung korang² pun boleh datang and meriahkan majlis iyea idak.. [Even aku yang bertapa dekat Melaka pun belum pernah g kampung tue.. Hehehe ]

Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin 2010...?? Elelele tak kan tak tahu plak iyea idak.. Tahun nie rancangan tersebut dihoskan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran. Ermm ok la kot gandingan dorang malam nie coz takde la terlalu serius sangat.. Pape pun TAHNIAH kepada semua karyawan and pemenang² dan tak lupa makaseh kepada TV3 coz live kan rancangan nie so boleh la aku and korang² tengok iyea idak.. 
Even aku tak minat sangat artis² nie tapi sebab nak tengok sape yang menang so ngadap la jugak anugerah nie kan kan.. Eh korang tau tak sepanjang tengok anugerah nie aku rasa macam banyak plak dosa mata aku nie.. Yea la korang pun tengok gak kan so agak² korang terfikir tak ape yang aku fikir..?? 
Ermm aku tengok rancangan nie dengan family  so macam² la encik ayah dengan puan mak bebel pasal pakaian artis² kita sekarang nie kan.. Tapi betul what ape yang encik ayah and puan mak cakap so tak nak cakap banyak fikir sendiri sudah... Dah la malas nak bebel.. Meh tengok nie sape yang menang... :
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2010
Pemenang Rancangan Realiti Terbaik : Program Showdown 2010.
Pemenang Lakon Layar Terbaik Filem : Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Pemenang Drama Komedi Terbaik : Simpang 3
Pemenang Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad (Antara Garisan)
Pemenang Rancangan Hiburan Terbaek : Anugerah Bintang Populor
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Isma Yusoof(Antara Garisan)
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura (Pisau Cukur)
Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz (Evolusi KL Drift2)
Pemenang Rancangan Bual Bicara Terbaik : RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu
Pemenang Laporan Khas/Berita Terbaik : TV3 Aduan Rakyat Berbumbung Langit
Dokumentari @ Majalah Terbaik : Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi
Pemenang Videografi Drama Terbaik : Datang Bulan
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani (Mualaf)
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae (Belukar)
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama : Noorkhiriah (Antara Garisan)
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pemenang Pengarah Terbaik Filem : Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pemenang Pengarah Terbaik Drama : Murali Abdullah(Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik : TV3 Anugerah Juara Lagu 24
Anugerah YASMIN AHMAD : Shahiezy Sam
Drama Rantaian Terbaik : Nur Kasih
Filem Terbaik : Mualaf
Drama Terbaik : Antara Garisan
Wokeh nie la result bagi anugerah prestij bagi tahun nie.. Selain dapat trofi dengar citer dorang dapat pergi LA.. Ermm bagus la tue pergi tengok teknologi orang lain so pasnie boleh la buat drama and filem yang lebih berkualiti and bersifat islamik pun tak salah kan kan.. ~_^

Thursday, December 23, 2010

Sedang bercinta..?? Jangan ucapkan..

Bercinta...?? Wahh bukan main lagi ek kalau cakap soal cintan cintun nie.. Bercinta memang seronok tapi jangan tersilap kata buruk padahnya. So tips arinie 10 perkara yang korang tak sepatutnya ucapkan kepada si dia.. Jom semak info di bawah :

" Gf saya dulu tak pernah buat macam tu " 
: Hello...pompuan tak suka dibanding²kan so terima seadanya ok

" Eh, tak ketat ke baju awak tu? Nampak cam dah gemuk " 
: Pompuan benci dikatakan gemuk. Korang memang sengaja mencari nahas.

" Alamak, abg terlupalah arinie besday syg " 
: Hari penting, kena ingat!

" Hai, janganlah asyik marah² " 
: Jangan tambahkan lagi kemarahannya. Mungkin si dia ada masalah.

" Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tue saya tengah bengang dengan awak " 
: Korang memang mengecewakan...

" Awak pergilah shopping sendiri, saya malas nak ikut "
: Korang memang mengecilkan hatinya coz si dia sengaja nak spend time dengan korang.

Berdebat mempertahankan pendapat : Jangan sampai bersungguh² kang boleh mengundang muka yang "comey"..

" Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak nie boring la " 
: Hubungan korang boleh putus dengan ayat camnie...

" Eh, kawan awak tue boleh tahan jugak yea? " 
: Korang memang sengaja mengundang malapetaka.

" Awak nie kuat membebel la, tue belum kawen lagi " 
: Jangan terlalu menyalahkan si dia, tapi fikir kenapa?

So pasnie jangan berani nak cakap ayat² power nie yea.. Kang tak pasal² perang dunia ketiga.. Hee~

Tuesday, December 21, 2010

Sikap berdasarkan Horoskop a.k.a Bulan Kelahiran

Assalamualaikum.. Hai korang... Wahhh rajin ek korang update blog tapi aku..?? Adehh bertambah malas coz bercuti panjang kat kampung so paham² jer la kan kan.. Ermm nak tak nak terpaksa gak la update blog nie even bukan ramai pun yang baca kan kan.. Wahh tetibe wat ayat sedey konon.. Citt.. 
Ermm da la malas nak bebel panjang.. Kali nie nak citer pasal sikap korang berdasarkan bulan kelahiran korang.. Maybe ramai yang dah tahu pasal kajian nie tapi tak kira la aku nak share gak kajian dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah nie.. Yok la nengok² tapi idak la 100% sejibik dengan sikap korang kan.. Nama pun kajian dowh and kalau ada sikap negatif tue sila² la berubah.. Tak reti² ke..??
Korang lahir bulan Januari? Camnie ar korang…
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • Suka mendidik dan dididik
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk di rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran bersosial
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi 
Ok nie plak sifat korang yang lahir  bulan Februari 
  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah
  • Mudah menawan orang lain
  • Agak pendiam
  • Pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yang bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
Sifat untuk orang yang lahir bulan Mac plak….
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka pada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu membalas dan mengenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
Bulan April..?? Meh nengok nie sifat bulan April …
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk)
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Cuba kawal perasaan
  • Kecenderungan bersifat pendendam
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Sifat orang yang Lahir pada bulan Mei ialah...


  • Keras hati & degil
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental & fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Permikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong
  • Tidak berapa suka duduk di rumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros
Keistimewaan korang yang lahir Jun...
  • Berfikiran jauh & berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Berperangai lemah lembut
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
  • Idea yang terlalu banyak di kepala
  • Bersikap sensitif
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
  • Cepat marah & cepat sejuk
  • Suka bercakap & berdebat
  • Suka buat lawak & bergurau
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan & pandai berkawan
  • orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap
  • Mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih & cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
  • Suka pada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh
  • Siapa yang menegur dianggap kawan
Eh bulan Julai… Ermm camner ek dorang nie....
  • Sangat suka didamping
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali dirangsang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental
  • Jarang berdendam
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • Tidak suka benda remeh-temeh
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
  • Mudah dan rajin belajar
  • Suka muhasabah diri
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
  • Suka mendiamkan diri
  • Suka duduk di rumah
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • Tidak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari segi kesihatan perut
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet
  • Minta disayangi
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja
Sape lahir bulan Merdeka (Ogos), korang ni mesti…
  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan padanya
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
  • Pandai memujuk orang lain
  • Terlalu pemurah & bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah & mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin & dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
  • Belajar untuk bertenang
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik, pengasih dan penyayang
  • Suka mencari kawan
Lahir bulan September, korang camnie ek..
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur
  • Sangat cermat, teliti & teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui
  • Orang yang banyak berfikir
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Otak bijak & mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia
  • Suka sukan, hiburan & melancong
  • Kurang menunjukkan perasaannya
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas
  • Bersistematik
Sape lahir bulan Oktober? Angkat tangan.. hehehe.. korang adalah seorang yang….
  • Suka berbual
  • Suka orang yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan & sopan santun
  • Kecantikan luar & dalam
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Cepat marah
  • Macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan & pandai bercakap
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, bidang sastera & seni
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati & cemburu
  • Ambil berat tentang orang lain
  • Suka kegiatan luar
  • Orang yang adil
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat
Nie plak rahsia bulan November …
  • Banyak idea dalam perkara
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • Berfikiran kehadapan
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Sesuai jadi seorang doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti yang dinamik
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu
  • Cuba sampai berjaya
  • Badan yang sasa
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
Korang yang lahir bulan Disember mungkin korang camnie... 
  • Sangat setia dan pemurah.. 
  • Bersifat patriotik.. 
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.. 
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.. 
  • Bercita-cita tinggi…
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi… 
  • Seronok bila didampingi.. 
  • Suka bercampur dengan orang.. 
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.. 
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.. 
  • Tidak pandai berpura-pura.. 
  • Cepat marah… 
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.. 
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi… 
  • Benci pada kongkongan… 
  • Suka berlawak.. 
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik…

Hah camner..?? Agak² sama tak kajian nie dengan sikap korang.. Camner yea korang tengok kajian nie.. 1st mesti tengok bulan kelahiran sendiri kan then mesti tengok bulan kelahiran someone tue kan kan.. Elelele yea ar tue kan kan.. Pape pun semua nie sekadar kajian so mungkin sama or mungkin tak.. apa yang penting cuba la jadi insan yang terbaik wokeh.. ~_^

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "