Thursday, September 30, 2010

Cincin di jari manis

Baru bertunang ke, dah kahwin ek or dah jadi GF/BF orang..?? Pernah tak korang tertanya camtue or aku sorang jerk yang dok sibuk tengok jari orang..?? Hehe.. Ermm bukan ape coz tadi hang out then tertengok ramai jugak guy yang pakai cincin.. Bukan cincin biasa tau tapi cincin COUPLE lagi.. Camner aku tau cincin couple ermm confirm la aku tau.. Sekali tengok design pun dah tahu tau cincin tue cincin ape.. 

Guys selalunya jarang kan pakai cincin and kalau pakai pun confirm yang jenis agak² ganas  tapi kalau cincin couple design tue agak jiwa² la sikit.. Eh yea ke or aku nie memandai jerk wat andaian.. Whatever la yea so kalau aku salah tolong betulkan. 

Kenapa yea kalau pakai cincin jerk mesti orang ingat someone tue dah ada yang punya..? Ntah² saja jerk dorang suka² pakai iyea idak.. Selalunya kalau guy nampak gurlz tue pakai cincin ada jugak yang takut nak tegur kan.. Agak² baru nak ngorat tapi terpandang cincin kat jari terus tak jadi ngorat kan..?? Ermm aku pun camtue gak, kalau agak² nak usha tapi terpandang cincin confirm terus tak jadi.. Bukan apa tak baik ganggu hubungan orang kan.. Wahh tetiba jerk.. Hee~ Ermm ape motif entry aku malam nie ek.. Owhh motif aku just nak bagitahu kalau someone pakai cincin tak semestinya si dia milik orang.. Boleh ke motif camtue.. Haruslah... ;)


Ok nie aku selitkan pemakaian cincin mengikut adab Islam :

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatima, Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 
2] jari kelingking (anak jari) 
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah 
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad s.a.w melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s

Melakar nama baik di tempat kerja

Lapor diri..?? Wahh confirm excited kan nak mulakan kerja. Excited² jugak tapi jangan lupa persiapkan diri dengan ilmu alam perkerjaaan. So nanti takde la menggelabah tak tentu hala bila berhadapan dengan "boss" dan rakan sekerja kan. Yok tengok persiapan yang perlu ada sebelum korang mulakan karier korang.
  1. Rajin² ringankan mulut tue bertegur sapa dengan rakan sekerja. Kang tak pasal² kena cop sombong pulak.
  2. Amalkan gaya kerja berkumpulan. Kalau tak faham tanya jangan buat² pandai yea. Berbincang sesama ahli kumpulan bagi mengelakkan sebarang kesilapan dalam bekerja.
  3. Pastikan korang ada kemahiran komunikasi yang baik. 
  4. Pandai kawal emosi dan tekanan. Jangan emo dekat tempat kerja so sebaiknya share problem dengan orang yang boleh dipercayai.
  5. Mahirkan diri menggunakan teknologi tapi jangan pulak asyik main FB jerk.. 
  6. Berani tonjolkan bakat dan jangan takut untuk memberi idea yang bernas. Tak mustahilkan kalau idea korang boleh diguna pakai so nama korang jugak yang naik kan kan..??
  7. Hah yang nie jangan dok buat yea.. Jangan dok bergosip dan mengumpat jerk tak baik tau.. Silap² korang kena pulau ngan rakan sekerja. Naya jerk..
  8. Sentiasa positive thinking dan open minded. Terima segala kritikan sebagai semangat untuk korang jadi yang lebih baik dan berdisplin.
  9. Belajar hormat pendapat orang lain eh..

Orang cakap nak buat pape pun mesti ada persiapan yang rapi dan teratur kan so rasanya takde la susah sangat nak berhadapan dengan rakan sekerja nie. Yang penting jangan hipokrit dan sentiasa amalkan sikap ingin belajar. Tak rugi rasanya kalau menimba ilmu dari orang yang lebih berpengalaman kan. So rajin² la bertanya dan selamat maju jaya dalam semua bidang pekerjaan korang yea.

Wednesday, September 29, 2010

Petua Warisan hal-hal berkaitan rambut

Ok disebabkan entry sebelum nie aku bercerita tentang rambut so entry kali nie aku nak sharing petua warisan bab penjagaan rambut nie.. Maklum la orang dolu² mane ada salon and spa cam sekarang nie iyea idak.. Jom tengok kot² nak try ke.. ;)

Masalah Uban
Korang dah ada uban ke..?? Hehe jangan tak tau zaman sekarang nie muda² pun boleh ada uban.. So nak atasinya ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santannya yang  pekat tue. Then, didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak ke dalam botol dan rendam bersama halba. So guna jerk minyak nie setiap hari. Insyallah uban akan berkurangan dan rambut akan hitam semula.

Luruskan rambut Kerinting
Orang cakap kalau rambut kerinting nie mudah kusut dan kurang menarik. Ermm yea ek...?? Ntah aku tak tau coz rambut aku lurus.. So kalau nak meluruskan rambut tue cuba ar petua nie.. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan tue sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut then cuci bersih. Cuba ar selama seminggu and lihat hasilnya. ( Taraaaa.... ermm tak tau la kan coz takde rambut kerinting..)

Meluruskan rambut
Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat  dalam peti ais sampai atasnya menyerupai krim. Gunakan krim nie untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam then dibilas. Lakukan 3 kali seminggu. Insyallah rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petua 2 : Basuh rambut dengan air nanas yang manis. Peram air nanas tue semalaman. Then, lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

Yogurt lembutkan rambut
Sape nak rambut lembut...?? Confirm la semua orang nak.. Yok amalkan nie.. Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Bila dah pekat lumurkan pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, Insyaallah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Keguguran rambut
Serius something yang buat aku boleh tension ermm ape lagi kalau bukan rambut gugur.. Warghhh aku malas nak menyapu bilik yang penuh dengan rambut.. So nak tak nak kena cari solution jugak.. Jom kita kisar biji halba sampai hancur dan sapukan atas rambut. Then, biarkan selama setengah jam baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insyallah rambut akan bersinar dan tiada lagi rambut gugur.. 

Hapuskan Kutu
Erkk kutu...?? Dah besar² camnie ada lagi ke kutu.. Yok hapuskan kutu dengan ambil sebiji buah nona, basuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Then,  sapu ramuan nie di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas sehingga bersih.. ( Kalau nak senang pergi jer beli ubat kutu ermm habis citer.. Tak pun sila² botakkan kepala.. Hee~ )

Menghilangkan Kelemumur
Hah prob nie ramai jugak yang ada kan.. Kadang² tue siap berjemaah kelemumur kat baju korang kan.. Xmo xmo tak cute ok.. So perahkan air limau purut/ nipis atas kulit kepala. Lumurkan rata² dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil yang terbaik, biarkan rambut diperapkan dengan tuala. Then, basuh dengan air suam. Selain tue, petua nie boleh gak mengurangkan pening kepala.

Merawat rambut berbuah dan bercabang
Petua 1 : Ramas daun pinang. Then, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Hah camner dengan semua petua² nie.. Agak² sanggup tak nak buat.. Kalau nak rambut cantik kena la usaha dik non oii.. Jangan nanti akak yang bertudung nie rambut lebih cantik dari u dik non.. Hee~

Rambut itu mahkota kamu...??

Sebenarnya dah lama aku nak post entry pasal rambut tapi itu la asyik ada jerk citer lain yang aku share kan so sekarang la baru sempat nak sharing² hal rambut nie.. Bukan ape member² aku asyik tanya jerk ape rahsia rambut cantik padahal aku bukan pernah ambil port pun hal² rambut nie..

Ok dulu orang selalu tanya camner aku boleh simpan rambut panjang dalam masa singkat. Tapi masa tue aku hanya bagi jawapan simpan dan jangan potong. Kalau potong jadi pendek la kan. Hahaha... So sekarang aku kongsi tips-tips yang aku guna untuk mempercepatkan rambut panjang.
  1. Minum seberapa banyak air yang boleh. Selain mempercepatkan rambut tumbuh ia turut membuatkan rambut lebih segar dan tak kering.
  2. Makan makanan bernutrien. Kalau tak nak makan pun pastikan selalu minum air soya sebab soya turut mempercepatkan rambut tumbuh.
  3. Sentiasa basuh rambut. Tak perlu ke salon. Buat sendiri je kat rumah. Kalau boleh basuh dulu dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Elakkan air terlampau panas sebab boleh merosakkan sel dalam rambut.
  4. Jangan guna hair dryer. 'Blow' rambut hanya akan merosakkan rambut. Biarkan rambut kering dengan sendiri.
  5. Jangan 'dye' atau warnakan rambut. Haram dowh...
  6. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Yang nie paling susah ermm yea la student tido amenda..
  7. Kurangkan kopi, alkohol dan rokok. (ok part nie memang aku tak ambil k..) 
Aku bagi tips nie sebab aku dah potong rambut. Takde lagi rambut panjang mengurai.. (Sebenarnya aku akan potong rambut setiap kali clash.. Hee~) Ok selesai sudah hal ² rambut panjang.. 




Sekarang aku nak share camner rambut aku cantik.. Walaupun aku bertudung tapi aku memang tak suka kalau rambut aku rosak dan tak terurus so setiap kali mandi aku memang jarang basahkan rambut.. Disebabkan aku jarang basahkan rambut so takde la kelemumur, rambut berbuah or bercabang.. Serius aku akan syampu seminggu sekali jerk then biarkan rambut tue kering dengan sendirinya.. Hah itu jerk sebenarnya rahsia aku so aku pun tak tau kenapa rambut aku cantik cam model² rambut tue.. Pasnie jangan tanya² lagi k.. (Sowy la aku bertudung so tak boleh nak buktikan betapa cantiknya rambut aku.. Hehehee~)

Tuesday, September 28, 2010

Sudikah KAU menjadi IMAM di setiap solat ku...?

~PERKAHWINAN~
  
Satu ketika kau bertanya..
 .......................
sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..
 ........................
sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya
 ..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
 ............................
sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..
 ............................
sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
 .............................
sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..
agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman :)
 .............................
Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu tanpa rasa ragu..
 ...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
 ................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
 jika aku sudah tidak seperti dulu?
 .................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu, menemanimu, memerhatikanmu, mendidikmu, membelamu, menggerakkanmu, menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
Nikmatilah Percintaan itu dengan caranya yang terindah ~PERKAHWINAN~

COPY FROM : NUR HIDAYAH KAMSANI

Ermm so sweet ok so korang² yang bergelar husband and wife tue hargai la pasangan korang yea and jadi yang terbaik.. Insyallah aku sendiri akan cuba untuk jadi yang terbaik.. Wahhh berangan ek aku nie.. Ngeh²... Haruslah kan.. ;)

10 macam KEKEJAMAN

Sufyan Atsauri berkata: Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
  1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
  4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
  6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

    p/s: Sama²lah kita merenung adakah kita tergolong dalam salah satu KEKEJAMAN di atas.. Jika ada sama²lah kita berusaha untuk memperbaiki tingkah laku dan cara hidup yea...

    Monday, September 27, 2010

    Amalan sabar daripada Rasulullah s.a.w

    Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa bersabar coz sabar merupakan kunci utama menuju kejayaan. So seharusnya kita perlu bersabar dalam menerima ujian, menghadapi penderitaan dan juga rintangan. Jom tengok amalan sabar Rasulullah s.a.w :
    1. Sabar menanggung musibah @ ujian coz orang yang sabar mengharungi ujian akan peroleh pahala yang besar.
    2. Sabar dalam melaksanakan kewajipan dan ikhlas dalam menjalankan ibadah tersebut.
    3. Sabar menahan kezaliman orang terhadap dirinya dan orang yang bersabar tersebut akan termasuk di kalangan orang² yang dicintai Allah.
    4. Sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan dan mereka akan dilimpahi keredhaan dari-Nya.

    So jadilah seorang yang penyabar walauapapun halangan dan penderitaan yang korang hadapi coz sesungguhnya ada lagi orang yang lebih ditimba musibah berbanding korang so bersyukurlah...

    Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]


    Entry pagi nie cukup ringkas k coz aku terpaksa merajinkan diri pergi class.. Huhuhu.. Camnie la nasib budak "sekolah" tapi arinie schedule sampai malam, adoii.. Eh nak dapat ilmu jangan merungut yea.. Dush..dush...dush.. 

    Pagi nie aku juz tampal video nie untuk new entry boleh tak..?? Huh peduli ape aku kalau tak boleh pun.. Busy la so malas nak cari bahan untuk update.. Pape pun layan jerk video nie yea.. Memang sweet and ada sesape sudi buatkan camnie untuk aku tak.. Ngeh².. Aku memang suka perasan yea so abaikan.. Hee~
    p/s : video nie aku curik kat youtube.. Harap maklum.. :)

    Sunday, September 26, 2010

    Riadah boleh menghilangkan LEMAK...??

    Warghhh dah lama tak jogging.. Adoii sekali jogging mau tercabut semua anggota nie.. Nie la akibatnya kalau dah jadi ayam daging.. Ermm bukan apa sem nie aku agak busy and class pun sampai petang so memang tak sempat la nak jogging or senamrobik petang².. Dulu setiap minggu hari rabu dan sabtu jerk confirm la aku akan terpacak dekat Taman Botanikal, Melaka nie dok jogging and poco².. Hee~

    Bagus sebenarnya riadah nie coz secara tak langsung boleh sihatkan tubuh badan pastue petang² boleh la cuci mata.. Ngeh².. Hahaha nakalnya aku.. Dah² jom tengok fakta nie :
    1. Berjalan kaki : Korang boleh mulakan dengan berjalan kaki selama sejam di waktu pagi. Umumnya semua otot di kaki akan bergerak dan 1 jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori..
    2. Mendaki Bukit : Xtvt nie memang aku suka dan sangat baik untuk membakar LEMAK serta menguji kekuatan otot kaki. (1 jam = pembakaran 530 kalori)
    3. Regangan : Ok nie senaman yang paling mudah yea.. Kalau malas jugak nak buat ermm tak tau la nak cakap ape lagi kan.. Sah² la "baloq liat".. Sambil² tengok tv dan baca blog pun boleh wat regangan so no reason yea..
    4. Berlari : Berlari merupakan cara yang terbaik untuk membakar lemak tapi jangan berlari dalam terlalu lama coz boleh sebabkan otot cedera. Sejam berlari dengan kecepatan sederhana boleh bakar 760 kalori.
    5. Permainan raket : Permainan beraket macam badminton dan tenis menyebabkan otot paha, lengan, bahu & punggung bekerja serentak. Sejam bermain boleh membakar 780 kalori. Xtvt nie aku main kat kampung jerk coz kat sini malas nak pergi stadium.. Hee~
    6. Permainan bola : Bola jaring, bola keranjang, bola tampar & bola jaring boleh menguatkan otot tangan dan bagi kekuatan untuk paha dan bahu. Sejam bermain bola dapat membakar 600 kalori.

    Conclusionnya, lebih bersungguh² korang bersenam, lebih banyak LEMAK akan hilang tapi hati² jangan sampai tercedera sudah.. Senaman jangan tumpu pada bahagian tertentu jer sebaiknya lakukan senaman yang mampu meningkatkan dengupan jantung. Ok nie la info serba sikit tentang kesihatan yang aku sempat baca kat hospital tadi. Ngeh²..

    Doa Seorang Pencinta ...

    Bismillahirrahmaanirrahim...
    Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
    Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
    Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....
    Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....
    Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
    Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....
    Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... ....Amin Ya Rob.....




    credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: FAHAMI AKU by Ikhsan Ise

    Friday, September 24, 2010

    I won't wait forever

    When U realize how much U LOVE ME
    and can't live without me, I will be gone.
    I know that she hurt U but that's not me.
    What about me and how I feel?
    I have loved U from day one,
    I want to be your girl, your boo, your ride or die chick,
    but I will not keep waiting.
    U got a priceless diamond that is waiting for U to cherish it.
    I LOVE U BOY and U to stupid to see that.
    I won't wait forever...


    It's all about CHARACTER

    Watch your thoughts; they become words.
    Watch your words; they become actions.
    Watch your actions; they become habits.
    Watch your habits; they become character.
    Watch your character; it becomes your destiny.

    Nie pic aku dalam rupa cartoon.. Ermm sama tak..?? Hee~

    Thursday, September 23, 2010

    KURUS....?? biarlah Ideal..

    Raut wajah yang cantik dan tubuh yang langsing persis model, perghh memang dambaan wanita yea. So no wonder la kalau ada gurlz yang menggelabah biawak bila ada yang cakap pipinya semakin tembam, pinggul besar or paha cam "drum stick". Mula ar si gurlz nie mogok lapar semata² termakan dengan penilaian orang lain. Padahal orang yang komen tue pun korang dah lama tak jumpe kan so normal la kalau si dia buat penilaian sendiri yang korang tue sedikit berisi kan..

    Sebenarnya kurus nie 1 kelebihan tau coz korang boleh bergaya dengan pakaian yang camner pun asalkan jangan over sudah.. Tapi why yea gurlz yang kurus nak diet..?? Ermm salah 1 nyer mungkin nak berpenampilan menarik coz nak berdamping dengan si kekasih hati.. Ermm mungkin la kan.. Di ulang mungkin yea mungkin.. Tapi jangan korang tak tau kebanyakannya nak diet coz bosan dengan kritikan dan kutukan orang lain yang kata dorang nie makin berisi walaupun "pertambahan" bentuk badan tue takde la ketara sangat. Ada juga yang diet coz nak mengelak penyakit berbahaya especially bagi dorang yang ada sejarah keturunan berpenyakit.

    Antara risiko yang dikaitkan dengan kekurangan berat badan :
    1. Amenorrhoea (kitaran haid tidak stabil)
    2. Anemia so korang akan keletihan, sesak nafas & tidak bermaya.
    3. Kurang daya tahan terhadap penyakit.
    4. Keletihan yang kronik & menjejaskan kelenjar yang berfungsi untuk menghasilkan hormon.
    5. Diet yang terlampau secara berterusan boleh membawa kepada kematian. Ermm yea la kalau asyik tahan makan jerk so camner nak dapat tenaga untuk hidup.

    p/s : sila abaikan gurlz dlm pic nie.. sj nak interframe jap.. 
    So untuk langkah terbaik sila atur pola pemakanan yang seimbang yea. Selain tue, korang boleh dapatkan nasihat dari doktor/pakar pemakanan, tidur secukupnya, bersenam dan JANGAN ambil pape pil pelangsing yea. Pastikan korang tak mengalami kekurangan berat badan coz kesihatan yang baik lebih penting daripada wajah yang pucat dan lesu sebab tak cukup vitamin dalam badan. Korang akan nampak lebih cantik secara neutral jika tubuh badan langsing dan sihat. 

    Bagaimana Syaitan memasuki hati manusia..??

    Assalamualaikum..
    Hari nie nak share cara² bagaimana syaitan memasuki hati manusia.. Rujukan dari (www.zaharuddin.net)
    1. Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
    2. Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
    3. Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
    4. Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
    5. Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
    6. Ujub dan sombong.
    7. Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam
    8. Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
    9. Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
    10. Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
    11. Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
    12. Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
    13. Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
    14. Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

    Wallahua'lam... Entry nie untuk renungan bersama yea.. Semoga kita menjadi yang terbaik.. ANDA BUAT ANDA DAPAT...

    Wednesday, September 22, 2010

    Istimewanya Air Kosong

    Air kosong...?? Erkk ada ke orang suka air kosong nie.. Ermm mungkin ada yang tak kisah sangat hal air kosong nie kan.. Jangan minum masa dahaga jerk, korang kena amalkan air kosong nie untuk pastikan tubuh korang berfungsi dengan baik.. Yok tengok keistimewaan air kosong nie.

    1. Air kosong boleh meningkatkan metabolisme badan coz mempunyai 100% bebas kalori, kafein dan bahan kimia.
    2. Kepada sesiapa yang berdiet, amalkan minum air kosong nie.
    3. Minum 2-3 gelas air suam sebelum makan coz ia akan mengeyangkan perut so secara tak langsung bantu korang kurangkan pengambilan makanan.
    4. Air kosong boleh menyingkirkan toksik melalui sistem perkumuhan dan mengekalkan kesihatan buah pinggang.
    5. Untuk pengetahuan korang, air kosong yang baik ialah air yang tak terlalu panas atau sejuk.
    6. Kalau korang kekurangan 2% air kosong dalam tubuh so akan menyebabkan korang rasa haus dan bibir menjadi kering.
    7. Hah yang nie mesti korang excited nak buatat.. Kalau korang amalkan minum air kosong lepas bangun tidur sebanyak 4 gelas sehari so insyallah awet muda beb.. Hehehe amacam best tak..

    Helah memujuk KEKASIH merajuk

    Si dia merajuk...?? Adoii pening nyer kepala bila si dia merajukkan. Nak pujuk karang kena marah, tak pujuk pulak cakap tak take care so camner yea.. Nak tak nak terpaksa la pujuk jugak si kekasih hatikan.. Agak² nyer tips camnie boleh cairkan hati si dia tak..??
    1. Apa kata kalau korang juz lemparkan senyuman manis dengan seikhlas hati. Bukan apa senyuman lebih baik dari kata² yang boleh mengundang kemarahankan..
    2. Berterus terang dan jangan tipu² yea ermm ceritakn kepada si dia perkara yang sebenar, then jangan lupa tanyakan kenapa si dia merajuk hati.
    3. Cuba buat si dia ketawa tapi jangan sampai menambahkan lagi kemarahan si dia sudah ar..
    4. Lakukan kejutan dengan menghadiahkannya sesuatu ermm nak lagi best sertakan sekeping kad ucapan dengan kata² yang agak bermakna. Perghh confirm cair la..
    5. Kirimkan SMS @ MMS tapi pastikan si dia sudah tenang, then pandai² la slow talk and mintak maaf yea..
    6. Luahkan perasaan korang so baru la si dia tahu betapa pentingnya si dia dalam hidup u all kan..
    7. Kadang² susah jugak nak mulakan perbualan time muka masam mencuka so apa kata korang ambil hatinya dengan usikan nakal tapi berpada² la karang tak pasal² kena lempar kasut lak.. Hee~


    Ok tips sudah ada so pandai² la yea jalankan sesi pujuk memujuk si dia.. Agak² ok ikut la ek tapi kalau was² jangan ler karang ada yang kena balun.. Hahaha...

    Tuesday, September 21, 2010

    Petanda jatuh cinta.. Opps...

    Memandang si dia, hati terus berlagu riang, perasaan berdebar². Perasaan apakah ini. Adakah hati telah terkena panahan cinta si dia..? Lalu, apakah tanda² mabuk kepayang. Huh yo yo o jerk kan.. Hahaha.. Dah xmo banyak cakap so baca jerk petanda² nie.
    1. Korang rasakan si dia sungguh istimewa. Ada sesuatu yang ingin korang terokai yea..
    2. Teringatkan si dia, korang tersenyum sendirian. Adoyaii angau sudah..
    3. Dah pandai memandang si dia secara sembunyi² ek..
    4. Bila mata bertentang mata, jantung berdegup kencang dowh.. Wee~
    5. Korang suka berada dekat dengan si dia, kalau boleh tak nak hilang dari pandangan mata kan kan..??
    6. Dah pandai berangan and mengelamun ek..
    7. Dalam diary tue confirm la citer tentang dia, dia dan dia.
    8. Pehal ek sejak 2 menjak asyik dengar lagu jiwang² and sentimental nie.. Haii sejak bile tukar taste..
    9. Tetiba korang jadi teramat cerewet bab penampilan diri. Wahhh ape kes..??
    10. Hilang selera makan yea, lapar pun tak terasa eh..?
    11. Korang berusaha mendekati sahabatnya ermm nak korek rahsia la tue..
    12. Tumpuan korang hanya pada si dia walaupun member korang sedang buat lawak.. Confirm angau tahap gaban dah nie..
    13. Korang simpan SMS dari si dia walaupun hanya sebaris ayat.
    14. Bila si dia di depan mata buat² tak tahu la konon, padahal time si dia takde sibuk nau ko mencari ek..
    15. Korang tetiba jerk tak suka si dia di dampingi oleh orang lain. Haii cemburu nampak..
    16. Korang setia menunggu panggilan dari si dia.
    17. Korang tetiba suka something yang dulu korang tak pernah suka.. Amboii sanggup ek tukar taste.. Bertukarrr..
    18. Kat mulut korang juz cakap hanya teman @ kawan tapi dalam hati lain ek.. Konon nak buang nombor phone si dia padahal siap hafal eh..
    19. Korang gemar membaca novel² cinta.
    20. Sentiasa mencatat tarikh pertemuan, isi perbualan dan segala bagai la dalam diary tue.

    Wahhh best nyer jatuh cinta tapi hati² yea. Jangan terbang terlalu tinggi kang kalau jatuh sakit.. Pape pun hargai la cinta yang datang coz cinta tue sendiri 1 anugerah..

    You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "