Wednesday, June 22, 2011

10 sifat calon SUAMI yang baik..

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :


  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
  • Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. 
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
p/s : credit tuk buku yang aku baca tapi sorry terlupa nak ambil nama penulis and tajuk buku..

Sunday, June 19, 2011

Hari Bapa.. Perlu ke celebrate..??

Selamat Hari Bapa untuk semua yang bergelar bapa dan bakal bergelar bapa.. Tak kisah la korang call ayah, bapak, abah, abi, babah, papa or whatever sekali pun asalkan dia seorang lelaki dan berkahwin/pernah berkahwin dengan ibu korang so dialah bapa.. Kalau dia bapa angkat or bapa tiri pun means dia tetap bapa and kita perlu hadirkan rasa hormat to him..
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?
"Rasulullah menjawab,
"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu,kemudian saudara-saudara terdekatmu."

So that means bapa juga sama penting seperti ibu.. Kalau tak penting takde la bapa sebagai ketua kelurga iyea idak..?? Cuba bayangkan kalau kita dibesarkan tanpa seorang insan yang bergelar ayah.. 
Sape nak ajar mengaji..?? Sape nak imamkan solat..?? Sape nak marah kalau kita bersalah..??
Sape nak hantar pergi sekolah kan.. Sape nak ambil report card and sape nak sign..?? Sape nak naik pentas bila kita dapat anugerah..?? 
Kalau takde duit nak mintak sape..?? Mintak jiran ke..?? Itu pun kalau jiran kasi kalau tak takkan nak merompak plak..
Kalau kita merajuk sape nak pujuk, sape nak tolong ajarkan kerja sekolah yang menimbun tue.. sape nak masak kalau mak busy..
Apa yang paling penting sape nak jadi wali kalau anak pompuan nak kawen..?? Even ada saudara lelaki yang lain pun feel bersama ayah kandung takkan sama kan..

Yuppp mungkin betul cakap korang yang ibu juga boleh lakukan tugas² tersebut tapi takkan sama seperti tanggungjawab seorang ayah.. Bagi aku ayah tetap ayah.. Sebaik or seteruk mana pun ayah korang dia tetap ayah.. Even parents korang berpisah pun korang still perlu hormatkan ayah..

Ayah jugak la idola aku.. Banyak perkara and sikap ayah yang tak mungkin dapat aku warisi.. Kesabaran dia, sifat kepimpinan, friendly, pandai memasak, and macam² lagi la kebolehan ayah yang memang tak dapat kitaorang adik beradik mampu tandingi.. Beruntung mak coz dapat suami yang bertanggungjawab seperti ayah sehinggakan aku adik beradik pun dalam memilih pasangan mahu ciri² seperti ayah.. Terlalu hebat ayah pada kaca mata kami..

Pengorbanan dan kasih sayang ayah memang tak ternilai dan memang tak mampu untuk kami balas.. Sejak kecil ayah la yang selalu berjaga buatkan susu, tukar lampin dan sebagainya tatkala mak keletihan.. Ayah jugak yang selalu ajarkan kerja² sekolah. Adakalanya berhujan berpanas hantar kitaorang ke sekolah.. Berpenat lelah mencari rezeki even kami tahu ayah sendiri keletihan. Ayah tak pernah tidur selagi kami adik beradik belum tidur. Terlalu banyak kasih sayang dan pengorbanan ayah. Terlalu banyak untuk diuraikan.. 

So tak salah rasanya kalau kita celebrate hari bapa.. Tak perlu tunggu hari bapa pun boleh celebrate kan.. Hargailah mereka sementara mereka ada coz hadir mereka hanya sekali.. Kalau hilang BF/GF bila² boleh cari ganti tapi dalam dunia nie kita hanya ada seorang emak dan seorang ayah so buatlah yang terbaik untuk mereka selagi hayat mereka masih di sini.. Sekiranya mereka telah tiada please jangan putus berdoa and beramal untuk mereka di sana.. 

Tuesday, April 26, 2011

Kalau berpasangan

Kita dijadikan berpasangan bukan untuk mencari kesalahan sesama sendiri, 
tapi untuk memperbaiki kelemahan pada diri sendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain. 
Ermm manusia kan memang ada kelemahan yang tersendiri.. 

Monday, April 11, 2011

Wedding of the year.. 2010

Assalamualaikum semua.. Maaf lahhh agak lama aku tak update blog.. Maklum la agak busy sejak dua menjak tukar status nie.. Banyak hal nak kena settle and tanggungjawab pun makin bertambah.. Hehee..
Pape pun aku cuba balas segala komen and message korang kat FB tue yea.. Maaf jugak andai kata aku lambat accept or reply semua tue.. Hope korang paham la yea.. [wahhh perasan macam orang perlukan ko sangat la ek.. Dush²..]
Sebenarnya aku masih dalam mood busy so layan jer la video perkahwinan yang suka suki aku create nie.. Semua nie ala² wedding of the year la konon² nyer.. Video persandingan aku..?? Ermm nanti² la yea aku create.. Tungguuuu.........
http://www.facebook.com/video/video.php?v=200436979991305&comments

Monday, February 28, 2011

Nombor kepercayaan masyarakat Cina

Assalamualaikum korang.. Arinie aku nak berkongsi dengan korang berkenaan nombor kepercayaan berdasarkan masyarakat cina. Tak tau la dari mana kepercayaan nie tapi selalunya kalau korang tengok masyarakat cina nie suka sangat dengan nombor 8.. Kenapa mesti 8 kenapa tak 4..

Kalau korang nak tahu nombor 8 nie dikira nombor yang bertuah la and boleh jadi kaya so kira memang ONG la kan tapi dorang tak suka nombor 4 coz dipercayai berkaitan dengan kematian.. Ermm nie semua kepercayaan dorang jer la kan.
Moh lerr tengok makna di sebalik setiap nombor mengikut kepercayaan masyarakat cina nie :

0 - SEMPURNA
1 - BERSATU, AKAN
2 - SENANG, MUDAH
3 - LAHIR,HIDUP
4 - MATI
5 - SAYA (mandrin),TIDAK (cantonese)
6 - LANCAR,UNTUNG
7 - PASTI
8 - dlm KAYA,TUAH
9 - ABADI

So camner.. Agak nyer nombor plat kereta korang ada ONG tak..?? Contohnya no plat kereta, WKL 8266 so, duduk (WKL) Wilayah Kuala Lumpur, boleh (8) Kaya, dan (2) Senang, bisnes (6) Lancar, mesti (6) Untung. Ermm amacam ok tak..?? Hee~

p/s : Ehem... nombor phone aku pun banyak 8 gak.. Memang ONG wokeh.. ~_^

Wednesday, February 23, 2011

Bermain dengan info : Part 1

  1. Lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
  2. Korang perlu memanjat 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.
  3. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  4. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama 8jam di depan kamera tersebut sebelum gambarnya dapat dirakam.
  5. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.. Bertukarrr...
  6. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
  7. Di serata dunia, yoyo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata berbahaya.
  8. Menghidu pisang dan epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
  9. Semut akan tumbang ke sebelah kiri bila disembur racun.
  10. Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter.
  11. Bunga kekwa memerlukan 100 hari daripada hari ditanam sebelum dipetik.
  12. Landak akan terapung jika dicampak ke dalam air.
  13. Buaya tidak boleh mengundur yea.
  14. Setiap langkah ke hadapan, korang menggerakkan 54 otot dalam badan.
  15. Hidung dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza²

Thursday, February 17, 2011

Facebook Addicted

Facebook, facebook dan facebook..  Kalau dulu semua orang sibuk dengan myspace, friendster, tagged and macam² la lagi.. Dah jadi macam trend yang semua orang nak register.. 
Mula² dulu aku tak tau langsung pasal menda alah nie tapi member² la asyik tanya bila nak buat facebook..


Bila call jerk tanya email facebook.. Bila jumpa member² lama jerk dorang tanya kenapa tak add kat facebook.. Bila chatting YM pun sibuk tanya email facebook.. Bila hangout jerk semua member sibuk nak update status kat facebook.. Last² berjaya jugak dorang goda aku bukak akaun facebook... TAHNIAH yea member² saya yang baik hati.. 


Mula² memang macam bongok jerk coz tak tau nak guna.. Kejap² panggil member aku tanya function itu ini.. Kejap² panggil housemate tanya camner nak edit info and upload gambar.. Perghh kadang² macam jakun pun ada.. Hahaha.. Seminggu jerk terus jadi pakar kot.. Dah pandai add member², tag gambar and macam² la..


Tapi lama kelamaan aku macam bosan pun ada.. Percaya tak benda alah nie boleh buat kita lalai.. Buang masa pun ada jugak.. Yea la mana tak nyer sometimes asyik dok depan PC jerk asyik update status and tunggu notification dari member².. Kadang² saja menyibuk kat status member konon² nak meriahkan suasana. Ntah pape kan..


Ntah pape pun tanpa sedar aku bukak jugak lagi 1 akaun konon² untuk follower aku ar kan. So bila aku update jerk boleh la aku tampal dekat facebook.. Huh konon² follower aku akan terus baca ar konon.. Hahaha giler la strategi marketing aku nie.. 


Terus terang aku katakan yang 98% member di facebook personal aku adalah orang yang aku kenal. Aku jenis tak suka nak add or accept orang kalau sekadar nak nampak member aku nie ramai.. Bagi aku lebih baik kalau member² aku saling connection.. Aku jugak terlalu berhati² dengan stalker so maaf banyak² yea kepada sesape yang cuba add tapi aku tak accept.. Kalau nak kenal jugak sila ke facebook blog aku and bukannya facebook personal.. 


Banyak jugak yang aku tak suka dengan facebook nie. Salah 1 nyer boleh buat aku jadi malas.. Eh korang malas tak..?? Yea la asyik mengadap PC sampai malas nak buat kerja lain.. Giler punya addicted la.. Nak tau apa yang aku tak suka dengan facebook...:


1.  Application
Adoyaiii punya la banyak application.. Takkan la korang main games pun sibuk nak bagitau jugak.. Berderet² kot application tue.. Itu belum masuk segala kuiz yang korang main.. Isyhhh memang aku tak suka la application yang segala bagai tue..

2. Twitter dan Facebook
Kalau korang nak Tweet, tweet je la.. Aku tau la Facebook dengan Twitter nie lain tapi kenapa linkkan kedua²nya..? Aku takde twitter so sebab tue aku jeles.. hahaha boleh gitu.. 

3. Iklan and promosi
Perghhh ini memang aku tak suka wokeh.. Segala bagai iklan and promosi ada kat facebook tue.. Dah macam dekat mall kot.. Nak plak tag aku dekat segala menda alah tue.. Nak tegur member tapi tak tegur aku plak rimas coz wall aku penuh and serabut dowh.. Tak salah kalau member² aku nak meniaga ke or pape la tapi jangan tag aku pada menda yang bukan².. 

4. Update memanjang
Perasan tak sometimes rajin bebenor deme update status.. Selang 1 minit kot dok update.. Kalau iyea pun bosan usah la rupe gitu jadi nyer.. Agak² la yea.. Ermm lagi 1 kalau nak update status tue hope jangan la menyentuh sensitivity mana² pihak yea.. Kalau nak tibai jugak biar la general yea..

5. Poking
Huh amenda nie.. Seriously aku tak faham langsung benda alah nie.. Poke untuk ape nie.. Nak bagitau yang ko tengah online ke ape..??

6. Chatting
Hahahha aku selalu "Go Offline" jerk.. Yea la aku online facebook sambil buat kerja lain kot so kang kalau asyik online memang tak jadi la semua kerja aku.. Kalau ada benda penting baru aku online yea..

7. Picture Tag
Adoyaii please la jangan tag aku pada benda yang bukan².. Kalau tag kad kawen ke, info pape ke or picture yang berkenaan ok la jugak kan.. Nie hah ada jugak tag sebab nak pedajal member.. Woit udah takde kerja sangat ke deme tue..


Huh banyak pulak aku membebel yea.. Suka tak suka pun aku still guna jugak facebook nie cuma sekarang dah jarang kot.. Maklum la banyak benda lain nak pikir. Pape pun setiap sesuatu tue ada baik buruknya so pandai² la pilih yea..

Wednesday, February 16, 2011

Pengotor pemalas tapi ada BF/GF

Sila baca tajuk entry yea.. Nampak tak ada nada dering tak puas hati di situ.. Yeahhhh memang entry malam nie entry tak puas hati.. Kenapa tak puas hati.. Kenapa nak marah² nie... 

Biasa la aku nie pantang sikit dengan orang yang pemalas and pengotor, so bila jenis² manusia yang camtue sibuk nak cari BF/GF so memang nak kena pancung dengan aku ar kan.. Bukan apa better urus diri sendiri dulu la sebelum SIBUK nak urus orang lain.. Iyea idak..

Bayangkan kalau makan pakai diri sendiri pun malas nak urus so camner tue.. Macam yang mak aku selalu pesan "kalau nak cari pasangan tue cari yang senonoh sikit..". Bayangkan kalau ipar duai korang pemalas and pengotor..?? Nak ke buat family..??

Kalau lelaki pemalas camner..?? Lelaki kalau malas nak basuh baju ke, basuh pinggan mangkuk and segala menda alah yang berkaitan kerja² orang pompuan nie tak kisah la kan.. Tapi kalau lelaki malas nak bekerja camner plak.. Takkan dah kawen nanti nak makan hasil titik peluh isteri..?? Better tak payah kawen kalau semua benda isteri yang nak kena tanggung iyea idak.. 

Lelaki pengotor..?? Eh tolong ek aku memang pantang lelaki pengotor.. Kalau pompuan pengotor ermm lagi la buruk perangai.. Wahai para lelaki sekalian, hope korang rajin² la tukar baju tue yea.. Bukan apa kadang² arinie korang pakai baju merah, esok pun merah and lusa pun merah... Design and pattern yang sama plak tue so that means korang memang pakai baju yang sama jer kan.. Tak salah pakai baju yang sama tapi please............basuh wokeh.. Ermm bagi yang smoking tue tolong la rajin² gosok gigi yea coz geli kot tengok gigi karat korang tue..

Eh asyik nak melenting kat lelaki jer kan.. Meh sini aku nak bebel kat pompuan plak.. Kalau pompuan pemalas and pengotor nie agak² boleh jadi pilihan mak mertua tak..?? Haiyoooo camner la nak jadi bini orang kalau ko tue pemalas and pengotor.. Please la ubah perangai yea.. Berangan jer kan nak nak lelaki yang kaya, kacak, tinggi, educated and segala bagai tapi cermin² la diri sendiri dulu.. Layak ke nak dapat lelaki camtue..

Kalau ko pemalas and pengotor agak² ada ke lelaki kacak nak kat ko..?? Dia tak pandang kot coz orang kacak takkan nak gurlz biasa² jerk.. Malu beb nak bawak lepak..
Kalau lelaki tue kaya agak² dia nak ke gurlz biasa² ... Mesti la dia pun nak cari gurlz yang sama taraf and boleh mengKAYAkan dia lagi bukan nyer pilih pompuan yang akan menghabiskan harta benda dia wokeh.. Ntah² nak jadi orang gaji dia pun tak layak kot so stop dreaming nak cari lelaki camtue selagi ko tak ubah perangai pemalas and pengotor tue yea..

Agak nyer la kan camner yea rumah pompuan yang pemalas nie kalau dorang dah kawen.. Lelaki kalau malas mengemas ok la kan tapi kalau pompuan pemalas so camner nie.. Ko tue pompuan so belajar tinggi mana pun kerja² dapur and hal rumah tangga kena tau jugak.. Malu kot kalau jadi pompuan tapi pemalas and pengotor.. Isyhhh jangan harap la pompuan camnie jadi adik ipar aku.. Huh memang tak la kan..

So conclusion nyer, jangan la jadi pemalas and pengotor coz memang takde siapa pun yang suka dengan manusia yang camnie.. Ermm lagi 1 nie teguran ikhlas yea so kalau ada yang terasa nasib la yea.. Ada aku kisah ko touching ke tak..??

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day... Perlu ke..??

Amenda yang best sangat sambut Valentine's Day nie.. Perlu ke celebrate hari kasih kekasih and kasihan nie.. Setiap kali tiba 14 February jerk confirm la korang berduyun²  nak pakai baju merah konon²  merah tue simbol cinta ar ek..

Eh korang tau tak HARAM tau sambut valentine nie.. Kenapa haram..?? Ermm memandai la tanya uncle GOOGLE.. Macam²  hadis and dalil korang boleh baca kenapa haram.. Lagipun takkan 14 February jerk hari kasih sayangkan.. Habis tue hari²  lain korang tak sayang la ek..

Korang perasan tak kalau nak dekat Valentine jerk confirm la dekat mall akan berderet²  susun hadiah yang comel²  especially barangan yang berwarna merah.. Cakap jerk barangan comel yang camner korang nak.. Confirm la ada iyea idak.. Teddy bear and bantal peluk yang kecik²  tue tak payah cakap la coz memang berlonggok²  kot.. Agak²  kenapa yea dorang display camtue.. Mesti la sebab nak suruh korang beli iyea idak..

Masa valentine day nie jugak la tetibe encik BF akan jadi sengkek coz duit banyak melabur dekat shopping mall, kedai bunga and restaurant yang ala²  ekslusif iyea idak.. Mana tak sengkek kalau setiap kali valentine jerk terpaksa beli bunga, hadiah segala bagai pastue makan pulak ala²  candle light dinner la konon.. Last²  tak sampai hujung bulan mentekedarah meggi la encik BF korang tue..

Lagi 1 perasan tak kalau valentine day jerk harga bunga memang berganda²  kot mahal nyer.. Especially rose la kan.. Selalu sejambak puluh²  jerk tapi mai valentine beratus kot harga nyer.. Hah ambik kau nak sangat sambut valentine.. Cik awekz pulak time valentine la mengada²  nak bunga and hadiah segala bagai.. Eh ngada²  la ko nie awekz.. Ko ingat encik BF ko kerja cop duit dengan Bank Negara ke..?? [ encik BF sila la tanam sendiri bunga kat tepi rumah yea.. Bukan apa kalau nak kasi bunga dekat cik awekz cabut jer la bunga tue tak pun curik bunga dari jiran sebelah.. Jimat dowh...]


Eh sudah la tue bagi point²  kenape tak perlu celebrate valentine nie.. Korang masing²  dah besar and bijak pandai kan so memandai la fikir yang mana baik yea.. Bagi aku valentine day nie lebih kepada pembaziran.. Lagipun bukan 14 February jerk untuk membuktikan kasih sayang iyea idak.. Sebelum ikut pape tue seeloknya selidik dulu sebab musabab nyer.. Jangan main ikut jerk semua benda.. Akhir kata jaga peribadi and maruah diri sendiri.. 

Thursday, February 10, 2011

Editing gambar pengantin

Assalamualaikum korang..
Wahh macam dah lama tak update blog.. [ayat standard blogger bila dah lama menyepi.. hee~]
Arinie macam terlalu "rajin" nak update so main tampal² picture jerk boleh tak..?? Even main tampal² pun bukan tampal sebarangan yea..
Penat tau edit picture bertunang and kawen dorang nie, so saja la nak share dengan korang..
Nie la aktiviti aku kalau agak² bosan and boring tahap gaban so edit la picture orang.. Aku edit guna Adobe Photoshop CS3 jerk.. Saja suka suki main editing even tak pernah belajar pun tapi orang cakap kalau nak USAHA ar kan kan.. Ermm picture² nie antara picture yang aku dah edit so selamat mencuci mata la yea..
sila klik gambo untuk gambo yang lain yea..
Wokeh.. cukup² ar tue aku sharing dengan korang kan.. Nak tengok banyak² datang la rumah coz aku siap cuci letak dalam album tau.. Nasib baik tak frame kan gantung kat dinding.. Hee~

Tuesday, February 8, 2011

Tips Berjimat Cermat

Berjimat cermat amalan mulia.. Wahhh skema dowh tapi takpe kan... Korang tau tak salah 1 cara merancang kewangan adalah dengan berjimat cermat..Jom jadikan amalan and ikut tips nie :
  1. Merancang kewangan masa depan : Buat pelaburan dalam amanah saham, kalau tak berminat buat simpanan tetap sudah.. Sebulan RM 1000 pun ape ada hal kan..??
  2. Bawa bekal ke kuliah & Office : Ermm ape nak malu bawak bekal.. Kalau boleh share dengan semua lagi berkat.. Hee~
  3. Tanam sendiri sayur²an : Nak jimat belanja tanam jerk serai, kunyit, and pape la dalam pasu.
  4. Sediakan budget : Belanja ikut kemampuan and utamakan yang utama.
  5. Masak sendiri : Kalau boleh kurangkan makan di kedai so kebersihan pun terjaminkan.
  6. Jimat air, elektrik & gas : Mana² peralatan yang tak digunakan tue sila² la tutup ermm tak reti² ke.
  7. Buat perbandingan harga : Walaupun barang yang dijual sama jenis & kualiti tapi ada jugak perbezaan harga kan so pilih yang terbaik yea...
So bile dah berjimat cermat tue jangan pulak duit yang ada digunakan beli benda² yang tak berfaedah.. Takde makna nyer berjimat kalau bazirkan pada benda lain pulak kan.. So lu pikir la sendiri.. 

Monday, January 24, 2011

Tanda kamu patut berhenti kerja

Berhenti kerja...?? Wahhh orang lain teruk² carik kerja korang suka suki nak berhenti kerja ek.. So sebelum ambil keputusan yang melibatkan masa depan korang nie better tanya diri sendiri samada korang alamai situasi camnie or tak.. Kalau dah selalu sangat situasi camnie hah cepat² la tukar kerja yea.
  1. Rasa macam nak menangis setiap kali masuk office ermm terlalu tertekan la tue ek..
  2. Jawatan korang tinggi tapi gaji tak setimpal dengan jawatan dan tanggungjawab yang dipikul.
  3. Mulut korang tue tak habis² mengutuk boss and rakan sekerja korang. Ada jerk yang korang tak puas hati eh..
  4. Member² dan family dah mula nasihatkan korang bertukar tempat kerja.
  5. Boss korang sentiasa tak berpuas hati ngan hasil kerja korang. Nak plak boss korang tue siap bandingkan hasil kerja korang dengan pekerja baru.. Perghh memang mendidih iyea idak..
  6. Korang dapat tawaran kerja baru dengan gaji dan jawatan yang lebih baik.
  7. Apabila korang sendiri tidak suka dengan pekerjaan yang sedang dilakukan.
  8. Korang dengan sengaja @ tidak telah mendatangkan kerugian besar kepada syarikat atas kecuaian korang sendiri.. Hah kes naya tue..
  9. Korang rasa tak selamat untuk terus berada di syarikat tersebut. Ermm gangguan seksual maybe...
  10. Mata dan fikiran korang asyik mengira waktu untuk pulang. Setiap saat sungguh menyeksakan. Fuhh...
  11. Korang dah tak mampu fokus pada pekerjaan dan mutu kerja pun dah tak menentu.
  12. Korang banyak menghabiskan masa melayari internet dari fikirkan hal kerja.. Uitt camno tue..
  13. Selain layari internet, korang banyak berbual dengan rakan sekerja, masa makan dan solat yang terlalu lama.
  14. Cuba analisa kemungkinan yang mungkin terjadi pada pekerjaan korang saat ini menjadi lebih memuaskan bagi korang.
  15. Lebih baik mencari kerja yang baru kalau korang pernah terdengar desas desus yang mengatakan syarikat tersebut akan muflis.
Ermm kalau² la reasons korang nak quit ada dalam list nie so better quit jerk tapi kalau sengaja jerk better jangan coz bukan senang nak dapat kerja baru kan so pikir la yang terbaik yea.

Tuesday, January 18, 2011

Punca BLOGGER menjadi malas

Punca blogger menjadi malas.. Meh la baca kenapa.. Ehem² boleh tak kalau tak nak type ayat panjang².. ( nie la contoh blogger yang malas..) Erkkk boleh gitu.. Hahaha alasan...!


1. Tiada respond
Selalunya bila blog kurang dapat perhatian mula ar hilang semangat nak berblogging.. Tapi korang kena ingat entry yang berkualiti bukan di nilai dari berapa banyak komen yang korang dapat.. Ingat tue..
Eh kalau nak banyak komen main facebook or myspace ar beb.. ~_^


2. Internet
Huh nie memang betul² problem.. Kalau talian internet ntah pape memang la jadi malas nak berblogging iyea idak.. So no wonder la kenapa aku dah jarang update blog.. [ huh alasan lagi..]


3. Faktor Masa
Ermm nie pun salah satu penyebab la jugak.. Busy kot wei.. Banyak kot benda lain nak settle and bila dah balik rumah penat kot.. So kalau ada masa lebih type entry banyak² then save as draft so sampai masa update.. Ehem² tak nampak la malas sangat nak update kan kan..


4. Server Down
Erkkk alamak...!! Memang tak boleh nak cakap ape ar beb.. Nak tak nak tunggu jerk server up balik.. Takkan nak mengamuk kot.. 


5. Idea kontang a.k.a takde idea
Ermm camner yea.. Aku pun selalu jugak idea kontang nie so solution nyer copy paste jer la mana² entry blogger lain.. Eh boleh gitu.. Hahaha gurau jerk.. Jangan la copy paste..!! Nak idea so kena la banyak membaca kan kan..


6. Ghairah dengan blog sendiri
Huh ghairah...?? Hah jangan pikir bukan² yea.. Ermm memang susah kalau dah kurang ghairah dengan blog sendiri nie.. Contohnya macam aku ar.. Bila stop jap blogging mula ar rasa cam susah nak rangka ayat² and cari idea.. Susah tau nak pujuk balik mood berblogging nie.. 


So conclusion nyer dont be malas² wokeh.. Sometimes tak update blog takpe la tapi jangan selalu kan kan.. Bukan ape nanti follower and silent reader dah lupa korang camner.. Huh siapa nak jawab dik non.. =)

Thursday, January 13, 2011

Best vs Tak Best


1. Best bila bangun pagi arinie ialah hari Khamis. Takde kelas. Tapi jadi tak best bila nampak laptop, terbayang² assignment yang banyak lagi tak siap kat dalam tue.. Makin tak best bila due date makin hampir.. Adehh...

2. Best bila terbayang nasi ayam kukus kat depan kolej tu. Plan nak pergi beli petang nie. Erkk jadi tak best bila tengok duit ermm duit dah habis. Lagi tak best bila pergi kat ATM, tetibe ATM pun kehabisan duit. Dan sangat² tak best sebab kena keluar Mydin semata² nak amik duit.

3. Best bila dah boleh register semua subjek. Masa tengah nak register, tetiba jadi langsung tak best sebab course yang nak ambil tue terpaksa drop..

4. Best tadi ayah message cakap duit dah masuk. Tapi jadi tak best bila duit tue kena bayar sewa rumah.. Wawawa~

5. Best sebab dapat guna internet kat library. Laju la sikit dari kat kolej tu. Tapi tetap tak best bila asyik keluar error je time nak tengok youtube.. Eh banyak nau benda kena sekat nie..

6. Best sebab arinie encik pelangi cuti, tapi jadi tak best sebab masing² jauh so tak boleh nak hangout.

7. Best ke, tak best ke, that’s my life.

“Life is what happens while you’re busy making your excuses.. Another day, another casualty”

Saturday, January 8, 2011

Kalau la HAIWAN pun ada FACEBOOK

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah yea komen² binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Boboy... kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaak, Besok majikan i mau buat kenduri kesyukuran, i mau di sembeliihhh!

Kucing Betina: "Anak i yang ke-3 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan²...kalu esok i tak update...bererti i udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk i yea...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nak wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura² 

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles...

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang nie... 

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Subaidah... Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala² pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak munah....

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok member aku kene tarik dgn jeli² panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak² ayam serama tu ade hati jalan tersengguk². ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang² dalam tanki nie...

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam... Al-Fatihah...

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik i? Cantikkan kan...? 

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie...??


entry nie aku jumpa dari page ane ntah.. so sekadar perkongsian bersama wokeh.. ~_^

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "