Saturday, August 21, 2010

Soal Hati...??

Orang cakap hal yang melibatkan hati n perasaan nie jangan buat main² ermm yea ke..?? Ntah ar aku pun tak tahu nak komen ape.. Mungkin betul tapi mungkin tak jugak so depends la kan..

Cinta selalunya dikaitkan dengan hati. Jangan mempersalahkan seseorang itu jika dia jatuh cinta terhadap pasangan kita. Sebab cinta itu soal hati. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak ingin berperasaan seperti itu, sebab dia tahu orang yang dia cintai itu telah berpunya. Tapi.. kenapa dia masih mengharap?


Kita sebagai kekasih kepada kekasih kita pasti akan berasa tergugat atas kehadiran orang itu, kita akan berasa cemburu, terluka dan sakit hati kerana kekasih kita kerap kali diganggu. Perasaan ini wujud dengan sendirinya kerana kita takut kebahagiaan yang kita kecapi akan terancam. Seandainya kita tidak pandai mengawal perasaan, tidak pandai menggunakan kewarasan dalam pemikiran kita, segala-galanya akan hancur.
Cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan yang Maha Pencipta. Kita wajib bersyukur kerana telah dianugerahkan cinta. Setiap orang berhak mencintai dan dicintai, berhak mencintai siapa pun tetapi jangan sampai hak itu melukai orang lain. Kita tidak berhak memaksa orang lain untuk membalas cinta kita. Bukankah sesuatu yang dipaksa hanya akan menimbulkan penderitaan dan sakit hati? 
Aku bercerita tentang pengalaman..
Biar aku dilukai, jangan orang lain terluka..


credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: SOAL HATI by Ikhsan Ise

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "