Wednesday, August 25, 2010

Perempuan memang tak guna kalau...

Assalamualaikum.. 
Entry kali nie tentang Kaum HAWA.. Jangan terlalu cepat menilai berdasarkan tajuk yea so sebelum menilai sesuatu tue kenalah baca bagi habis dulu k… Tajuk dia jerk nampak macam menghentam kaum HAWA ni tapi isi dia lain.. Jom nengok sebab apa yang membuatkan PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA....
  1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya serta tubuh badannya..
  2. Perempuan memang tidak guna gelang kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya coz akan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
  3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Bukan tak boleh wangi2 tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.
  4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya..
  5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang di sekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya..
  6. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas!
  7. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja kerana Aurat wanita hanyalah untuk suaminya..
  8. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang kerana dia tahu bahawa apabila berpakaian begitu adalah berdosa..
  9. Perempuan memang tak guna pakaian yang ketat dan jarang kerana takut akan azab Allah di Akhirat kelak.

P/s: Dah bacakan… Jadi jika ada yang salah harap dapat memperbetulkan saya ya.. Manusia macam kita tidak terlepas dari melakukan KESILAPAN.. Dan diharap mendapat sedikit manfaat dari entry kali ini..



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "