Saturday, August 21, 2010

Buang bayi...??

Alahai ape la nak jadi dengan dunia sekarang nie.. Dari dulu sampai sekarang tak habis² kes buang bayi nie.. Tak cukup ke dengan dosa yang sedia ada, nie nak tambah dengan dosa lain pulak.. Cuba la bukak mata tue sikit.. Pandang baby tue kan comey kenapa sanggup buang.. Haiwan pun tahu sayangkan anak tapi manusia yang sempurna akal tergamak buang anak darah daging sendiri pulak tue..

Hukum seorang ibu menggugurkan janin atau kandungannya tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi.  Tapi apa yang jelas, Al-Quran dan Hadis Nabi mengharamkan pembunuhan kerana Islam adalah agama yang sangat mementingkan kehidupan dan kesejahteraan manusia seluruhnya. Antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya” (an-Nisa’: 93).
Buang dalam parit, toilet, tong sampah, bakar, jadikan makanan gagak. Perghh manusia ape kau si pembunuh bayi? Binatang pun tau sayang anak. Kau lebih teruk dari binatang tahu? Aku memang setuju sangat kalau manusia² berhati binatang nie dihukum sampai mati ermm biar kau terima hukuman yang setimpal and jadi pengajaran untuk yang lain..

Cam adik aku selalu cakap time² camnie memang la banyak kes buang bayi yea la bayi hasil new year and valentine kan so normal la sekarang baru nak keluar baby² tue... Anak luar nikah memang la takde siapa nak simpankan.. Buat pandai tapi bile dah dapat habuan tau pulak kau buang yea.. 

Bebas la lagi, parti sana sini, pakaian terdedah, konsert semua kau pergi, ceramah agama sekali pun tak pernah jejakkan..  Bebas konon, sosial la sangat tapi bile dah jadi camnie kau dah macam s*** tau tak.. Kalau yea pun kau tak nak baby tue kasi orang la jangan nak menambahkan dosa lagi.. Sepatutnya manusia cam kau nie awal² lagi parents kau patut picit hidung masa kecik² tau.. Serius aku geram ngan manusia pembunuh macam kau..!!

credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: BUANG BAYI by Ikhsan Ise

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "