Thursday, September 9, 2010

Suatu kemaafan...

"It is easy to forgive but not to forget”. 
Kadang-kadang tanpa sedar mungkin ada percakapan atau perbuatan kita dah melukakan hati insan yang lain.. Selagi ada kesempatan pohonlah kemaafan biarpun kesalahan tersebut sebenarnya bukannya datang dari kita.. Rasanya takde ape yang rugi kalau kita memohon maafkan..?? Tak perlu tunggu raya baru sibuk nak bermaafan ok. 


Walaupun adakalanya sukar untuk kita memaafkan kesalahan seseorang tapi sedaya upaya cuba paksa diri untuk memaafkan insan² tersebut kerana hanya dengan 1 kemaafan hati manusia tersebut akan bahagia. Kemaafan juga mampu melepaskan belenggu dan keresahan… Sememangnya ia senang dipertuturkan tapi hakikatnya sangat sukar untuk dilaksanakannya… 

Adakalanya memaafkan boleh, melupakan kekadang lebih sukar. Tetapi cukuplah kalau dapat kita maafkan. Jangan bertemu muka lagi, agar dapat melupakan. Tetapi kalau bertemu juga, bersahajalah, jangan terpancar kemarahan dan kebencian. Orang yang berani, tenang menghadapi orang yang “dibencinya”. 

Sesungguhnya masa akan mengubat parut di atas bekas luka. Menjauhlah seketika. InsyaAllah, lama kelamaan kita dan dia akan lupa. Kita tidak boleh “kawal” dia, tetapi kawal diri kita. Jangan reaktif. Jika bertemu “belum manis”, menjauh lebih baik. Bukan memutuskan, tetapi “gencatan perasaan” seketika. Pilihan di tangan kita samada memaafkan atau tidak memaafkan.

credit pic to : MY ARTORTOISE by Ikhsan Ise: MAAFKAN SAYA... by Ikhsan Ise

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "