Wednesday, September 29, 2010

Petua Warisan hal-hal berkaitan rambut

Ok disebabkan entry sebelum nie aku bercerita tentang rambut so entry kali nie aku nak sharing petua warisan bab penjagaan rambut nie.. Maklum la orang dolu² mane ada salon and spa cam sekarang nie iyea idak.. Jom tengok kot² nak try ke.. ;)

Masalah Uban
Korang dah ada uban ke..?? Hehe jangan tak tau zaman sekarang nie muda² pun boleh ada uban.. So nak atasinya ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santannya yang  pekat tue. Then, didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak ke dalam botol dan rendam bersama halba. So guna jerk minyak nie setiap hari. Insyallah uban akan berkurangan dan rambut akan hitam semula.

Luruskan rambut Kerinting
Orang cakap kalau rambut kerinting nie mudah kusut dan kurang menarik. Ermm yea ek...?? Ntah aku tak tau coz rambut aku lurus.. So kalau nak meluruskan rambut tue cuba ar petua nie.. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan tue sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut then cuci bersih. Cuba ar selama seminggu and lihat hasilnya. ( Taraaaa.... ermm tak tau la kan coz takde rambut kerinting..)

Meluruskan rambut
Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat  dalam peti ais sampai atasnya menyerupai krim. Gunakan krim nie untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam then dibilas. Lakukan 3 kali seminggu. Insyallah rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petua 2 : Basuh rambut dengan air nanas yang manis. Peram air nanas tue semalaman. Then, lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

Yogurt lembutkan rambut
Sape nak rambut lembut...?? Confirm la semua orang nak.. Yok amalkan nie.. Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Bila dah pekat lumurkan pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, Insyaallah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Keguguran rambut
Serius something yang buat aku boleh tension ermm ape lagi kalau bukan rambut gugur.. Warghhh aku malas nak menyapu bilik yang penuh dengan rambut.. So nak tak nak kena cari solution jugak.. Jom kita kisar biji halba sampai hancur dan sapukan atas rambut. Then, biarkan selama setengah jam baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insyallah rambut akan bersinar dan tiada lagi rambut gugur.. 

Hapuskan Kutu
Erkk kutu...?? Dah besar² camnie ada lagi ke kutu.. Yok hapuskan kutu dengan ambil sebiji buah nona, basuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Then,  sapu ramuan nie di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas sehingga bersih.. ( Kalau nak senang pergi jer beli ubat kutu ermm habis citer.. Tak pun sila² botakkan kepala.. Hee~ )

Menghilangkan Kelemumur
Hah prob nie ramai jugak yang ada kan.. Kadang² tue siap berjemaah kelemumur kat baju korang kan.. Xmo xmo tak cute ok.. So perahkan air limau purut/ nipis atas kulit kepala. Lumurkan rata² dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil yang terbaik, biarkan rambut diperapkan dengan tuala. Then, basuh dengan air suam. Selain tue, petua nie boleh gak mengurangkan pening kepala.

Merawat rambut berbuah dan bercabang
Petua 1 : Ramas daun pinang. Then, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Hah camner dengan semua petua² nie.. Agak² sanggup tak nak buat.. Kalau nak rambut cantik kena la usaha dik non oii.. Jangan nanti akak yang bertudung nie rambut lebih cantik dari u dik non.. Hee~

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "