Saturday, September 18, 2010

AWAS...!! Tabiat yang cacatkan penampilan..

Kadang² kita selalu tak sedar tabiat kita boleh mencacatkan penampilan sampaikan adakalanya orang akan ingat kita tak tahu menjaga penampilan diri. So awasi tabiat berikut kalau nak penampilan korang sentiasa menawan yea.
  1. Terlebih sembur wangian boleh sebabkan orang sekeliling pening so harap maklum. Sembur perfume pada bahagian tertentu jerk macam dekat leher dengan pergelangan tangan.
  2. Bersihkan muka especially time nak masuk tidur.. Jangan biar mekap bertempek dekat muka karang tak pasal² cik jerawat tanpa segan silu menyapa pulak.
  3. Cuci wajah menggunakan sabun akan menghilangkan lembapan semula jadi pada kulit wajah so gunakan produk pembersih wajah yang bersesuaian ek.
  4. Jangan gatal² tangan picit jerawat coz boleh merebakkan bakteria lebih jauh ke dalam kulit.
  5. Kadang² selalu berjaga malam @ bekerja lebih masa boleh menyebabkan mata sembab so rawatnya dengan menggunakan sebungkus kacang pis beku coz ia akan mengecutkan saluran darah yang bengkak. 
  6. Walaupun korang bertudung, jangan lupa penjagaan rambut. Jangan biarkan rambut berbau dan kelemumur so pandai² la cari syampu yang bersesuaian.
  7. Jangan suka menggigit kuku.. Bukan apa kurang sopan rasanya bila korang asyik gigit kuku di hadapan orang lagi pun mana la tahu entah² kuku korang tue ada kuman kan.. Eeeyeekk..

Conclusionnya pandai² la korang jaga penampilan diri yea.. Memang la tabiat susah nak ubah tapi Insyallah kalau selalu mencuba confirm boleh iyea idak.

2 comments:

NiZaM Limited said...

tersembur lebih minyak wangi tu bukan stakat buat org pening pale..tp tabaruj..haram kalo smpai boleh merangsang lelaki..erkk..

mizz greenApple said...

yup... tepat skali..
kdg2 ada gak yg over sembur2 nie bygkn mmber mia sjam skali sembur perfume..
perghh pening tulll..

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "