Saturday, September 4, 2010

Rukun Islam kelima

Sekejapnya puasa kan esok² dah nak raya dah.. Raya² jugak tapi jangan lupa kewajipan berzakat. 
Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah sebanyak 1 sha' (2.5kg) kurma atau sha' gandum ke atas hamba dan orang merdeka samada lelaki mahupun wanita, anak kecil mahupun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat Aidilfitri. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Golongan yang wajib membayar zakat :
  1. Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam.
  2. Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya untuk sehari semalam.
  3. Orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tangungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya.
Hukum membayar zakat mengikut waktunya :
  1. Waktu wajib : apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokkannya
  2. Waktu paling afdal : sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri
  3. Waktu sunat : sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu makruh : selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
  5. Waktu haram : selepas terbenam matahari satu Syawal.

Cara membayar zakat fitrah :
  1. Kaunter membayar zakat.
  2. Kaunter bank atau perbankan online
  3. Pejabat Pos
  4. Sistem pesanan ringkas (sms)
  5. Mesin ATM
Ermm ape lagi jangan lupa tunaikan kewajipan Rukun Islam yang kelima nie..

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "