Thursday, September 16, 2010

Mengapa Doa kita tidak diterima Allah S.W.T

Mengapa agaknya Doa kita tidak diterima oleh Allah S.W.T...  Jom kita muhasabah diri kejap.. Berikut ada 10 sebab:-

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku kamu cinta kepada Rasulullah saw, tapi kamu tinggalkan sunnahnya. 
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran. 
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tapi kamu tidak menentangnya. 
6. Kamu telah berkata syurga itu benar adanya, tapi kamu tidak beramal untuknya. 
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tapi kamu tidak bersedia baginya. 
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tapi kamu lupa keaiban sendiri. 
10. Kamu mengubur mayat² saudara² kamu, tapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

Semoga kita menyedari akan kesilapan dan kekurangan kita dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. Wallahua'lam....

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "