Wednesday, June 22, 2011

10 sifat calon SUAMI yang baik..

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :


  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
  • Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. 
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
p/s : credit tuk buku yang aku baca tapi sorry terlupa nak ambil nama penulis and tajuk buku..

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "