Thursday, December 30, 2010

Sana sini Khairul Fahmi Che Mat...??

Yeayyy esok cuti beb.. Wahhh best giler la coz hari terakhir untuk tahun 2010 nie rakyat Malaysia bercuti  semata² atas kemenangan pasukan bola sepak negara yang berjaya bawa balik Piala AFF Suzuki untuk pertama kalinya dalam perlawanan menentang Indonesia malam tadi.. Kira hadiah la untuk penutup tahun nie iyea idak..

Even Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia di Stadium Bung Karno semalam tapi bila ikut Aggregate dikira menang la dengan 4-2 coz Malaysia menang 3-0 masa perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil Ahad lalu.. [masa nie aku ada ngan encik Pelangi kat stadium tue.. Ngeh²]
Pemain Malaysia ngan 1st Piala AFF Suzuki untuk Malaysia
Di sebabkan kemenangan semalam tue jugak la tetibe jerk Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) nie jadi sebutan tau.. Perghhh giler la penangan Piala AFF Suzuki semalam kan kan.. Bayangkan tak sampai sehari jerk boleh buat KFCM famous yang amat.. Perghh bertuah ko adik.. Sana sini orang sibuk bercakap pasal KFCM.. Kat facebook tue tak payah cakap la memang ramai giler yang "like", kat kedai² makan and merata² la semua sibuk bercakap hal dia jerk..
KFCM ngah on9 FB ke.. Perghh ramai yea peminat dia nie.. 
Tapi kan untuk awekz² yang terasa nak mengayat si dia nie hope lupakan jer la yea coz si dia sudah ada yang punya... Ngeh² melepas la yea korang.. Pape pun makaseh la banyak² kepada semua pemain bola sepak negara coz korang yang penat² bermain tapi kitaorang yang dapat cuti yea.. Hehehe..

Untuk semua pemain hope korang akan success selalu and teruskan bermain untuk Malaysia.. Jangan esok² dah dapat banyak anugerah and ganjaran terus tumpul segala taring harimau tue sudah la yea.. Kepada semua penyokong pulak jangan la masa dorang menang jer korang sokong, esok² bile jatuh macam² diperkatakan... Tak kira la camner pun situasi pasukan kita pada masa hadapan hope kita semua akan terus menyokong negara Malaysia tercinta.. Kita kan 1 Malaysia.. ~_^


2 comments:

Ciklinn said...

yer..akak yg dah berhero2 ni pun suka giler dgn mamat muka jopun nih hahahha

mizz greenApple said...

hahahah..
klu suka jerk xpe kak..
hee~

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "