Saturday, December 25, 2010

Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin 2010...?? Elelele tak kan tak tahu plak iyea idak.. Tahun nie rancangan tersebut dihoskan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran. Ermm ok la kot gandingan dorang malam nie coz takde la terlalu serius sangat.. Pape pun TAHNIAH kepada semua karyawan and pemenang² dan tak lupa makaseh kepada TV3 coz live kan rancangan nie so boleh la aku and korang² tengok iyea idak.. 
Even aku tak minat sangat artis² nie tapi sebab nak tengok sape yang menang so ngadap la jugak anugerah nie kan kan.. Eh korang tau tak sepanjang tengok anugerah nie aku rasa macam banyak plak dosa mata aku nie.. Yea la korang pun tengok gak kan so agak² korang terfikir tak ape yang aku fikir..?? 
Ermm aku tengok rancangan nie dengan family  so macam² la encik ayah dengan puan mak bebel pasal pakaian artis² kita sekarang nie kan.. Tapi betul what ape yang encik ayah and puan mak cakap so tak nak cakap banyak fikir sendiri sudah... Dah la malas nak bebel.. Meh tengok nie sape yang menang... :
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2010
Pemenang Rancangan Realiti Terbaik : Program Showdown 2010.
Pemenang Lakon Layar Terbaik Filem : Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Pemenang Drama Komedi Terbaik : Simpang 3
Pemenang Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad (Antara Garisan)
Pemenang Rancangan Hiburan Terbaek : Anugerah Bintang Populor
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Isma Yusoof(Antara Garisan)
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura (Pisau Cukur)
Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz (Evolusi KL Drift2)
Pemenang Rancangan Bual Bicara Terbaik : RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu
Pemenang Laporan Khas/Berita Terbaik : TV3 Aduan Rakyat Berbumbung Langit
Dokumentari @ Majalah Terbaik : Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi
Pemenang Videografi Drama Terbaik : Datang Bulan
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani (Mualaf)
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae (Belukar)
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama : Noorkhiriah (Antara Garisan)
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pemenang Pengarah Terbaik Filem : Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pemenang Pengarah Terbaik Drama : Murali Abdullah(Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik : TV3 Anugerah Juara Lagu 24
Anugerah YASMIN AHMAD : Shahiezy Sam
Drama Rantaian Terbaik : Nur Kasih
Filem Terbaik : Mualaf
Drama Terbaik : Antara Garisan
Wokeh nie la result bagi anugerah prestij bagi tahun nie.. Selain dapat trofi dengar citer dorang dapat pergi LA.. Ermm bagus la tue pergi tengok teknologi orang lain so pasnie boleh la buat drama and filem yang lebih berkualiti and bersifat islamik pun tak salah kan kan.. ~_^

2 comments:

Hanis Azla said...

tak tengok sgt pun anugerah tu td.. tp rasanya vee dan awal buat kerja mereke dgn begitu baik..

mizz greenApple said...

yuppp gandingan dorg x mgecewakan..
ok la n x nmpak palsu..
hee~

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "