Saturday, December 25, 2010

Merry Christmas

Ho...ho...ho... Merry Christmas to all my frenz.. Even aku pun tak pernah celebrate Krismas nie tapi tak salah rasanya kalau wish kan kan.. Ermm Hari Krismas a.k.a Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth iaitu pengasas ajaran Kristian.

Setiap perayaan di Malaysia nie ada cara and sambutan yang tersendirikan so Krismas pun ada gak celebrate dengan cara pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoeholi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation).
Walaupun masyarakat dorang nie masih dalam kelompok yang kecil di Malaysia nie tapi sekurang²nya kehadiran dorang secara tak langsung mempelbagaikan lagi etnik² yang terdapat di Malaysia nie iyea idak..?? So sebagai rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik seharusnya la kita saling hormat menghormati setiap agama and perayaan yang dianuti oleh masyarakat yang lain kan kan.. Wahhh cam buat karangan bahasa melayu la plak.. Hee~

Kalau dekat Malaysia nie, terdapat 1 perkampungan khas untuk celebrate Krismas nie ermm kalau tak silap aku dekat Ujong Pasir, Melaka. Boleh di katakan setiap tahun dekat kampung Portugis nie la akan di adakan sambutannya so secara tak lansung korang² pun boleh datang and meriahkan majlis iyea idak.. [Even aku yang bertapa dekat Melaka pun belum pernah g kampung tue.. Hehehe ]

0 comments:

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "