Sunday, November 28, 2010

Sepi itu indah...

Buat seminggu kebelakangan nie aku semacam nak sepi kejap. Sepi kejap dari semua aktiviti yang aku rasa kurang penting. Menunggu bulan Disember datang, dan seterusnya menyusul tahun 2011. Fasa baru lagi untuk aku. Meskipun fasa² yang sebelum ni pun masih susah nak diperbetulkan, tapi aku harap 2011 aku nak betulkan kesemuanya. Especially tentang sebuah kehidupan yang pasti....so kita tunggu yea..


Sepi sebab kecewa..? Ermm sangat tak relevan. Sepi sebab menyampah mungkin, atau bosan. Bosan la bukak facebook , ade je si polan benci si polan , si pian sayang si minah , si limah photoshoot dengan si majid. Seems like everybody want to show that their lots of activities to do. Kat kampus lagi la, ermm aku malas nak cerita atau mungkin aku yang jeles..? Standard la tue, nama pun sosial network, dah jadi tradisi kan. Dah tak hairan and semua tu dah jadi kebiasaan.


Bercakap pasal kebiasaan, memang dah menjadi kebiasaan manusia untuk sayang menyayangi, juga menjadi kebiasaan untuk manusia benci membenci . Benda ni sampai akhir pun takkan sudah. Life is turn upside down. Bila kita kat atas nikmatinya dengan sepenuh hati , dan bila kita di bawah kena terima jugak sepenuh hati. For a simple thing , just enjoy it either it's good or bad .

Cakap pulak pasal enjoy, aku rasa aku enjoy dengan hidup nie sejak lahir sampai sekarang . Itu teknik berkesan bagi aku untuk tidak memberatkan kepala dengan permasalahan hati yang kronik. So make it simple, kita tak payah nak bersusah payah mencapai tahap yang paling terbaik dalam kehidupan, cukup sekadar yang terbaik, sebab semua yang nyata hari nie adalah sementara, jangan sampaikan cita² kita lupakan kehidupan lain selepas kehidupan di dunia nie .  Di dunia nie yang paling bermakna adalah " Kebebasan ".

Sebab semua orang sekarang nie nampak macam terkejar-kejar dengan " Fame ". Semua orang mahu diekpos and terkenal. Tapi hasil seperti melepaskan batuk di tangga jerk walhal sekiranya kita nak sesuatu karya atau kerja itu betul² diangkat ialah kita memang kena betul² bagus dalam bidang tersebut kan . 


Jangan baru belajar 7 chords gitar dah nak buat band , baru kenal apa itu shutter dan aperture dah nak shoot model, baru dapat tepukan dari kawan² di karaoke jamban dah nak jadi penyanyi. Yupp memang betul la tanpa permulaan kita takkan dapat maju kehadapan. Tapi apa kata just take it slow. Then learn it deeper, bila kita dah bersedia baru publishkan. One by one . Other than that , we called it " poser " , ataupun dalam keadaan sekarang nie aku lagi suka panggil benda nie " profesional pretender ".


I'm not good or pretend to be too good. Ini cuma monolog ringkas dari apa yang aku rasa. At least aku tak berbicara soal cinta berat. Even hati aku sedang berbunga² tapi for what nak tunjuk betapa hepy nyer aku kan.. Ahh abaikan.. 


Apa² hasil yang aku publishkan pun bukan bermaksud aku dah bagus, aku bukan nak diekpos or fame, aku just nak sharing . Ada perbezaan wokeh di situ. Aku masih dalam proses belajar, jadi benda² tue just experiment. Back to basic , one by one . Balik pada penyataan sepi tadi tue, apa yang aku nak cakap sebenarnya aku malas nak online facebook . Nie post terakhir untuk bulan nie coz aku busy keje part time.. So selamat menyambut bulan Disember...! 

4 comments:

omurice said...

coret dari Omu yea...omu pun pelik sgt kalau dalam FB tu, masing2 duk tumjuk kedaringan dan kelovingan masing2..kalau dah kawen xpe jugak..huhu...anyway..gudlux keje part time..

Sophie Al-yahya said...

hye! template kite samelaaa..

btw, i know that group which you called poser. sentiasa ada.tp takpelaaa, setiap org pun berbeza.

syafiq roslan said...

laen orng laen lah ragamnya...

mizz greenApple said...

omu : hehee biasa la 2.. manusia kan..

sophie : eh sama ek.. hahah template nie cute that y mia suka.. poser..?? ermm mane2 pn ad kan.. :)

syafiq : yup.. manusia mmg byk ragam pn sometime ssah nak paham.. hee~

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "