Tuesday, April 26, 2011

Kalau berpasangan

Kita dijadikan berpasangan bukan untuk mencari kesalahan sesama sendiri, 
tapi untuk memperbaiki kelemahan pada diri sendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain. 
Ermm manusia kan memang ada kelemahan yang tersendiri.. 

Monday, April 11, 2011

Wedding of the year.. 2010

Assalamualaikum semua.. Maaf lahhh agak lama aku tak update blog.. Maklum la agak busy sejak dua menjak tukar status nie.. Banyak hal nak kena settle and tanggungjawab pun makin bertambah.. Hehee..
Pape pun aku cuba balas segala komen and message korang kat FB tue yea.. Maaf jugak andai kata aku lambat accept or reply semua tue.. Hope korang paham la yea.. [wahhh perasan macam orang perlukan ko sangat la ek.. Dush²..]
Sebenarnya aku masih dalam mood busy so layan jer la video perkahwinan yang suka suki aku create nie.. Semua nie ala² wedding of the year la konon² nyer.. Video persandingan aku..?? Ermm nanti² la yea aku create.. Tungguuuu.........
http://www.facebook.com/video/video.php?v=200436979991305&comments

Monday, February 28, 2011

Nombor kepercayaan masyarakat Cina

Assalamualaikum korang.. Arinie aku nak berkongsi dengan korang berkenaan nombor kepercayaan berdasarkan masyarakat cina. Tak tau la dari mana kepercayaan nie tapi selalunya kalau korang tengok masyarakat cina nie suka sangat dengan nombor 8.. Kenapa mesti 8 kenapa tak 4..

Kalau korang nak tahu nombor 8 nie dikira nombor yang bertuah la and boleh jadi kaya so kira memang ONG la kan tapi dorang tak suka nombor 4 coz dipercayai berkaitan dengan kematian.. Ermm nie semua kepercayaan dorang jer la kan.
Moh lerr tengok makna di sebalik setiap nombor mengikut kepercayaan masyarakat cina nie :

0 - SEMPURNA
1 - BERSATU, AKAN
2 - SENANG, MUDAH
3 - LAHIR,HIDUP
4 - MATI
5 - SAYA (mandrin),TIDAK (cantonese)
6 - LANCAR,UNTUNG
7 - PASTI
8 - dlm KAYA,TUAH
9 - ABADI

So camner.. Agak nyer nombor plat kereta korang ada ONG tak..?? Contohnya no plat kereta, WKL 8266 so, duduk (WKL) Wilayah Kuala Lumpur, boleh (8) Kaya, dan (2) Senang, bisnes (6) Lancar, mesti (6) Untung. Ermm amacam ok tak..?? Hee~

p/s : Ehem... nombor phone aku pun banyak 8 gak.. Memang ONG wokeh.. ~_^

Wednesday, February 23, 2011

Bermain dengan info : Part 1

  1. Lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
  2. Korang perlu memanjat 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.
  3. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  4. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama 8jam di depan kamera tersebut sebelum gambarnya dapat dirakam.
  5. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.. Bertukarrr...
  6. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
  7. Di serata dunia, yoyo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata berbahaya.
  8. Menghidu pisang dan epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
  9. Semut akan tumbang ke sebelah kiri bila disembur racun.
  10. Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter.
  11. Bunga kekwa memerlukan 100 hari daripada hari ditanam sebelum dipetik.
  12. Landak akan terapung jika dicampak ke dalam air.
  13. Buaya tidak boleh mengundur yea.
  14. Setiap langkah ke hadapan, korang menggerakkan 54 otot dalam badan.
  15. Hidung dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza²

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "