Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :- Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
- Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
- Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
- Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang.
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas.
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
- Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
p/s : credit tuk buku yang aku baca tapi sorry terlupa nak ambil nama penulis and tajuk buku..
0 comments:
Post a Comment